Travel

Showing posts with label Perodua. Show all posts
Showing posts with label Perodua. Show all posts

Sunday, October 06, 2013

Perodua Junior Safety Squad bersama Boboiboy

Mama merajuk sebab Aisya & Amna tak nak join aktiviti ni. Huhh!! 
Lain kali kalau ada aktiviti untuk anak-anak Mama tak mau register dah!























Saturday, August 24, 2013

Gala Raya Perodua - 20th Anniversary

Hari ni ada open house di Perodua atau nama glamernya Gala Raya (ada orang kata Galak Raya... Heheheh) Jemputan dianggarkan 20K orang.. Perghhh ramai tuu..jemputan kehormat adalah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kita sampai dalam pukul tiga petang. Kaunter cabutan bertuah dah tutup. (Majlis mula pukul 1 tghari). Kad Mama pun tertinggal kat opis. Ingatkan kalau sampai awal nak pegi amik. Sampai pun dah lambat.. Lupakan ajer lah.. Huhuhu..
Parking kat KLB post ( ikut E9 ) .. Jauh wehhh.. Tapi ada shuttle bas, tak la berjalan jauh. Bukan selalu anak-anak Mama dapat merasa naik bas kan. 

Perdana Menteri Malaysia
Credit fb Nurulhuda

Baju melayu biru tu boss Mama. First time pakai baju melayu.
Credit fb Nurulhuda.

Amyras & Ali excited naik bas.

Khemah pertama sangat sesak. Sisa makanan tak dikutip, bertimbun atas meja. Tak de sapa yg kutip ker?? Tong sampah pun tak nampak kat mana.
Kaunter makanan pun banyak yang dah habis tak bertop-up & berterabur. Sangat mendukacita kan.. 
Mama minta kat orang rambutan untuk Amyras sebab sebuk nak buah. Kat kaunter dah habis... Dapat sekali dengan satay. Huhuhu

Khemah no 3 lengang.. Selesa sikit nak makan. Tapi kaunter makanan sama.. Lambat top-up.. 
*bekas air Ali yang biru ni tertinggal plak.. Huhuhu

Ingatkan skrin tv siarkan apa yang berlaku dalam khemah utama. Tapi rupanya nombor cabutan bertuah jer.. Nak tengok apa yg berlaku dlm khemah utama memang dah tak boleh.. Sesak! Kalau ada skrin kat luar yang boleh tengok kan bagus..

Posing sebelum balik. Ali buat piss.. Sebiji macam Amna buat masa baya2 Ali. :)

Amna nak tengok konsert. Berat ek Papa? Hehehe

Tengok Kakak Amna duk atas bahu Papa, Ali terus panjat bahu Mama!! 

Soalan azimat Papa 'apa yang bestnya orang ramai-ramai ni?' Jawabbb.. Jaawaabbb... Hahhahaha

Sunday, May 26, 2013

Bowling KPM 2013 ~ No 2 individu?? Biar betul!!

Memang tak sangka boleh dapat no 2 individu. Score tak la banyak pun, 111-156-76. 2nd frame tu je yang kategori mantop sket. 3rd frame dah letih, dengan machine yang bawa turun pin yang asyik rosak je..spoil mood je. Plak tu group yang last abis main, next group dah tunggu. Tu yang pakai baling jer..( eceh!! banyak lak alasan ek?)
Anyway alhamdulillah :), murah rezeki dapat cash RM100 + RM75. Group dapat no 4.

Terima kasih pada Untie Eisya yang mengajak main bowling hari ni. Dah lama sangat tak main bowling & dah tak berapa teringin main bowling dah sebenarnya. Tapi Alhamdulillah.. ada rezeki hari ni.

Sempena Bowling KPM 2013 ni Ambrynaa Shawl sponsor shawl untuk group yang menang No. 1 , 2 & 3. Harap para pemenang suka shawl yang Mama sponsor:).





















Thursday, March 14, 2013

Upacara Meletak Batu Asas Kilang Baharu Perodua dan Pelancaran Model 'S' Series Perodua

Hari ini sempena sambutan 20 tahun Perodua, ada event besar kat Perodua. Buat julung-julung kalinya pelancaran model kereta di buat di Perodua. Biasanya dibuat di hotel. Kali ni buat kat padang Perodua, pasang khemah besaarrrr punya, boleh muat 5 ribu lebih orang dalam khemah tu.

Walaupun kepanasan duk dalam khemah tu, tapi excited nak tengok perasmian model 'S' series mengatasi segalanya. Cewah!!

Duduk depan skrin besar. So, amik gambar dari skrin besar jer la. Sebab khemah depan pentas utama dah penuh.

Mama tak reti nak cerita pasal kereta ni..apa beza 'S' series dengan model yang sedia ada? Itu kena tengok sendiri kat Perodua outlet atau layari www.perodua.com.my

Yang Mama tau, warna specialnya Ozy Orange. Sekali pandang macam kaler merah, tapi lain. Ada banyak ciri-ciri tambahan tapi harga boleh dapat dari 25 ribu.


















Daisypath Anniversary tickers