Travel

Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts

Friday, August 24, 2012

PAPA & KOPI PERCUMA PETRONAS part 2

"Keep hunting coffee break Petronas" Papa kate..kekeke

Hari ni Papa kena pegi Vendor kat Nilai. Mama pun ngekor sekali ngan Ali. Planning awalnya Mama nak cuci mata kat Nilai 3. Sampai-sampai jer hujan.. malas toi nak turun. Terus tak jadi, follow jer Papa pegi vendor tapi Mama & 'Ali tunggu lam keta. 3 jam jugak ler nunggunya.. Huhuhu

On the way balik, singgah jugak kat Nilai Square.. masuk satu kedai dah blank... Akakaka... Last-last tak beli apa-apa pun. Kalau ada rumah besar baru seronok shopping kat sini kut..(sambil tulis jeling kat Papa.. Hehehe)

Lepas tu kat highway, Papa dah bagitau awal-awal nak singgah kat R&R Dengkil sebab kat situ ada Petronas.

Senyum sampai ke telinga Papa bila nampak booth kopi percuma tu. Mula-mula kononnya nak amik 2 cawan jer, tetengok amik 3 jugak.. siap ada biskut lagi!!

Papa punya excited terus call kawan Papa - Toha Fusyaini (Unik kan nama kawan Papa ni) yang sama-sama pegi vendor tadi, bagitau ada kopi free kat Petronas Dengkil ni.

Toha kata memang dia cari nescafe. Kat kedai-kedai kat food court takde nescafe tin tu. Kalau tak kerana Papa bagitau dia takkan singgah Petronas.

Tengok la gambar Papa.. excited bebenor!! Kekeke

Lepas abis makan biskut sebungkus & kopi secawan Papa kata "OK dah segar, boleh teruskan perjalanan" Hahahaha.. Tak bleh blahh!!


Thursday, August 23, 2012

PAPA & KOPI PERCUMA PETRONAS

Kopi percuma kembali lagi!! Setiap kali perayaan Petronas akan bagi minuman percuma di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya.

Papa memang teruja dengan kopi free ni..Tahun lepas, semua Petronas Papa singgah. Nak kopi free punya pasal. Kekekkeke...Akhirnya jumpa kat R&R Rawang menghala ke utara. Tahun ni dah tau la mana nak tuju untuk kopi free ni.

Hari ni, on the way balik ke Bukit Beruntung dari Klang, singgah kat Petronas R&R Rawang. Happy sungguh Papa dapat kopi free.. Kekekeke!!

Jumpa lagi tahun depan :)

Daisypath Anniversary tickers