Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Saturday, December 03, 2011
Perkembangan Dalam Kehamilan - Bulan ke 6 & 7 Kehamilan
Apabila masuk minggu ke 24, bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna. Rambut, kening dan bulu mata mulai lebat. Kulitnya halus, sehalus kulit bawang. Bahagian tulangnya juga mengeras. Ukuran panjangnya ialah 25 cm (10 inci), sementara beratnya sekitar satu kilogram. Pergerakan bayi ketika ini adalah lebih cergas dan ketara sehingga boleh dilihat pada perut ibu.
Ibu hamil semasa bulan ke 6 ini akan lebih kerap membuang air kecil, terasa lenguh dan bisa-bisa di bahagian kaki, sekitar belakang pinggang, dan juga akan sentiasa berasa lapar.
Apabila memasuki minggu ke 28, iaitu genap 7 bulan, bayi akan membesar sekitar 27.5cm(11-12 inci) dan berat badannya meningkat 1.5kg. Kulit bayi kelihatan lebih licin. Kantung udara di dalam paru-parunya telah terbentuk. Bayi akan cukup sifat fizikal dalaman & luarannya. Sekiranya bayi dilahirkan ketika ini, insyaAllah selamat, lebih-lebih lagi sekarang dengan bantuan alat-alat pernafasan dan kepakaran doktor perbidanan di hospital.
Seringkali ibu hamil 7 bulan mempunyai selera makan yang tinggi dan mengalami masalah kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan bisa-bisa otot, pinggang, betis dan kaki. Kerapkali ibu mengalami kekejangan otot betis atau biasa disebut sebagai "tarik mengkarung". Adakala terasa badan terlalu berat sehingga tercungap kerana pendek nafas dan bahagian ari-ari terasa berat & mencucuk-cucuk disebabkan kandungan yang sudah besar menekan bahagian faraj.
Ibu hamil akan kerap membuang air kecil, kadangkala berlaku lelehan air kencing dan mulai tidak selesa tidur. Pergerakan bayi semakin cergas dan adakalanya akan berputar-putar. Dalam keadaan ini, ibu mengalami masalah pembengkakan vena atau kembang urat saraf. Ibu dinasihatkan jangan mengambil makanan dan minuman jenis sejuk atau makanan yang disejukkan kerana pada masa ini bayi masih dalam proses memperkuat pembentukan gigi dan tulang.
Pusat ibu akan mulai tersembul apabila kulit perut semakin tegang. Sekiranya pada waktu ini ibu hamil sesekali terasa berlaku *rengat(rasa sakit kontraksi), tidak perlulah dibimbangkan. Walau bagaimanapun, andai kata *rengat kerap berlaku, antar 1-2 jam, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan rapi daripada pakar perbidanan.
SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU
NOTA MAMA:
Dalam minggu 29-30 Mama dapat batuk yang teruk gara2 minum air berais. Memang seksa sangat!! Bila batuk sakit tekak, sakit urat perut & terkencing! Memang kena pakai panty liner yang agak tebal. Sehari mau 10 kali tukar panty liner.
Kalau nak tido lagi la seksa.. Nak baring tak boleh, kadang2 terpaksa tido duduk. Rasa nak tido dalam bilik air pun ada!
Mama tak pegi klinik pun, tapi Mama minum ubat batuk cap ibu dan anak. Selain tu Mama buat air suam halia+lemon+madu. 2 hari lepas tu, alhamdulillah batuk dah berkurangan. Tapi SAY NO pada minuman sejuk! Tobat dah Mama!! Semoga penyakit batuk tidak menyerang Mama lagi.. Aminnnnnnnnn!!
Sunday, July 03, 2011
Perkembangan Dalam Kehamilan - Bulan Ke-2 Kehamilan
Apabila kandungan masuk bulan kedua, jantung ibu akan mengalami denyutan yang lebih cepat daripada normal. Ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah yang mana dapat dilihat nadi di leher berdenyut dengan kuat seperti selepas berlari atau berjalan dengan pantas. Semasa ini juga otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
Pada bulan kedua ini juga payudara mulai mengembang dan terasa sensitif apabila disentuh. Perut terasa kembung dan berangin. Kadangkala ibu juga akan terasa pening yabg boleh membawa kepada masalah pitam. Sebagai petua Melayu lama, ibu yang bermasalah sedemikian dinasihatkan meminum secara berulang kali air didih nasi yang pekat, digaulkan dengan sedikit garam dan diminum suam-suam panas. Insya-Allah petua tersebut dapat membantu mengurangkan rasa loya yang mungkin boleh memudaratkan. Mengikut fahaman tradisi, ibu yang mudah loya dan muntah menunjukkan yang perutnya sedia ada menyimpan asid yang berlebihan, yang disebut sebagai angin medu(gumpalan angin lendir yang berasid). Sekiranya didapati loya atau muntah-muntah semakin kuat atau keterlaluan, dinasihatkan ibu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor perubatan kerana dikhuatiri akan mengganggu bukan sahaja kesihatan ibu, malahan kandungannya juga.
Apabila kandungan memasuki penghujung bulan kedua, ibu hamil sudah mulai mengalami masalah kekerapan membuang air kecil dan kesukaran membuang air besar. Pada saat ini sistem urat saraf pada janin mula menjalankan fungsinya untuk membantu jantung mengepam darah. Pembentukan jari kaki dan tangan lebih lebih sempurna. Ukuran panjang janin ialah 2.5cm(1 inci) dengam berat sekitar 3 gram. Pada minggu ketujuh, pergerakan janin sudah mulai boleh dikenal pasti. Pada tahap ini, ibu amat disyorkan untuk melebihkan pengambilan makanan jenis berdaging atau rangkaian kekacang, seperti soya dan sayuran yang kaya protein seperti brokoli.
Sumber: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU
Nota Mama:
Memang sekarang ni mama rasa cepat penat. Kalau naik tangga umah yang 2 tingkat ni, sampai depan pintu memang semput!
Perut memang selalu sakit berangin, pantang lambat makan. Hari2 mama minum air halia. Kalau dapat sendawa & kentut...perrrghhh nikmat rasanya:)

Friday, June 24, 2011
Perkembangan Dalam Kehamilan - Bulan Pertama
Pada waktu ini, tidak ada perubahan yang ketara ke atas diri ibu hamil. Kalau ada pun, hanya sedikit, iaitu darah haid tidak keluar. Bagaimanapun, ada juga yang mengalami haid, tetapi dalam jumlah yang sedikit. Badan terasa amat letih dan mula mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan, bauan dan bahan yang pelik. Adakalanya sesetengah bahan itu tidak digemari sebelum ini. Rasa loya atau muntah kerap berlaku pada waktu pagi, petang atau malam, dan adakala pula berterusan sepanjang hari.
Semasa bulan awal kehamilan, SENYAWA akan bertukar menjadi janin yang sebesar setengah biji beras (panjangnya lebih kurang 1/8 inci dan berat kurang dari 1 gram). Berkepala dan berbadan seolah-olah berkelopak-kelopak yang terlalu kecil, yang mana kemudiannya akan membentuk menjadi tangan, kaki, perkakas perut, paru-paru, jantung, otak, otot, alat sulit, dan organ lain. Semasa inilah juga sistem urat saraf mulai terbentuk di dalam janin. Jantung mulai berdenyut pada minggu ketiga bulan pertama kelahiran.
Sumber: Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Nota kaki Mama:
Alhamdulillah, mama tak mabuk, tak de rasa loya dan muntah di awal kehamilan. Cuma biasanya badan mama rasa 'dedor-dedor' dan mulut rasa kelat.
Biasanya minuman kegemaran Mama nescafe@kopi. Tapi, awal2 kehamilan ni SAY NO TO COFFEE! Rasa tak sedap!! Tapi bab makan, OK lagi... Semua belasah. Heheheh..Cuma mesti pedas!

Subscribe to:
Posts (Atom)