Travel

Showing posts with label Ambrynaa Enterprise. Show all posts
Showing posts with label Ambrynaa Enterprise. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Re-New Pendaftaran Perniagaan - AMBRYNAA ENTERPRISE

Alhamdulillah, akhirnya hari ni berjaya renew company, sepatutnya renew sebulan sebelum tarikh luput - bulan March. Tapi bulan May baru nak renew kena la denda RM30. 

Nak renew - print Borang A1 dari web SSM.  Ingatkan boleh renew online jer, tapi tak jumpa kat mana service untuk renew ni. Borangnya jumpa.
Call SSM Contact Centre : 03-7721 4000
Rupa-rupanya tak boleh renew online kena pegi kaunter. TAPI, boleh pegi mana-mana BSN. Fuhhhh!! Nasib baik! Kalau tak nak pegi office SSM tu ntah bila.

Katanya kalau pegi BSN minta borang kat kaunter. Sebab dah print dari website, so bawak je form A1 yang dah di isi ke Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tapi kat mana BSN kat Rawang?? Almaklum lah tak pernah pergi. Hehehe..
Nasib baik kawan-kawan membantu. Sampai la ke BSN Rawang di bangunan sebelah KPJ di depan Bus Station Rawang.

Amik nombor, tunggu lagi 40 orang. Tapau Ayamas dulu - sambung tunggu. Kat kaunter hulur borang A1 dan Mykad.
Sebab dah orverdue, kena kompaun RM30. Nak renew 2 tahun, bayar RM120. Jumlah keseluruhan RM153.50 termasuk service caj.

Sekian..







Tuesday, December 17, 2013

Ambrynaa Shawl Sponsor Hadiah lagi

Sempena pertandingan bowling Wanita anjuran Kelab Perodua Malaysia, sekali lagi AMBRYNAA ENTERPRISE dengan berbesar hati menaja sedikit hadiah berupa Shawl - Ambrynaa Shawl untuk pemenang dari no 1 hingga ke 5.

Pertandingan bowling wanita ini telah berlangsung di Bukit Beruntung Golf Resort. 

Tahniah kepada para pemenang.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan tajaan dari AMBRYNAA ENTERPRISE boleh lah menghubungi saya di alamat email : ambrynaashawl@gmail.com





Saturday, July 06, 2013

Rezeki Pertama dari Nuffnang ~ Alhamdulillah

Mama start berblog dari tahun 2006. Ini entry pertama http://ambrynaa.blogspot.com/2006/05/ape-bende-blog-nih.html?m=1 hahaha.. Cam hampeh!!
Buat blog sebab kawan-kawan Mama ramai yang ada blog.
Dulu nak kena on PC/Laptop baru bleh nak update blog. Sekarang tidak lagi, bleh update dari handphone. Ambik gambar guna handphone, update blog guna handphone. Senang!

Iklan Nuffnang ni tak ingat bila Mama start register. Tapi yang pastinya dah bertahun lah!! Huhuhu.. Mula-mula target kalau dapat RM50 je nak redeem. Bila lama tak check, tiba-tiba dah lebih RM50. Sampai la ke amount RM250++ ni. Ingatkan nak redeem betul2 RM250, tapi tak boleh .. Ke Mama yg tak reti. Huhuhu...

Terima kasih kepada visitor blog www.ambrynaa.blogspot.com
www.shawlcenter.blogspot.com
www.babycottonshop.blogspot.com
Jemput datang lagi :)



Tuesday, June 25, 2013

Dating with Artchetak at IKEA

Lebih 15 tahun tak jumpa kawan Mama - Durra. Kami sekelas di RPKJ - UM dulu. Giller lama!
Kami jumpa ni sebab mama order rolling up bunting & flyers AMBRYNAA shawl dari Artchetak kepunyaan untie Durra. Mama suka design yg untie Durra buat. Simple tapi cantik!! Harga pun berpatutan dan within my budget.

Kalau tengok design-design kad kawin, sticker etc yang Artchetak buat memang cantik. Simple but nice!
Bleh tengok kat sini : www.artchetak.com

Janji jumpa kat IKEA. Mama dapat makan meatballs ikea yg sedap tu. Kalau gi ngan Papa tak merasa la.. Papa 'allergic' nak makan kat sini.. Huhuhu

Macam-macam cerita keluar.. Walaupun memori di AAJ tak banyak mana. Tapi alhamdulillah, Mama syukur dan gembira dapat jumpa untie Durra. Pengalaman seseorang itu amat berharga.

Next project, Mama nak order sampul raya pulak:)

Lepas jumpa & simpan barang dalam kereta. Mama shopping kejap kat IKEA. Beli barang untuk booth - picture frame & bekas bunga. Cantik tau bekas bunga. I like!











Friday, May 03, 2013

Penjenamaan AMBRYNAA shawl

Tak tau la seswai ke tak tajuk 'Penjenamaan' tu... Seswai kut kan?
Lepas register nama syarikat - AMBRYNAA ENTERPRISE, antara idea-idea yang keluar untuk memperkenal dan mempromosi ( bukan sama ke? Heheh ) adalah dengan buat label tudung & beg.

Survey punya survey, jumpa lah

https://www.facebook.com/notes/label-baju-personalized-fridge-magnet-malaysia/cara-membuat-tempahan-label-untuk-bajutudung-etc/370340606351120

Disebabkan feedback yang cepat berbanding dari satu lagi online label, harga pun dalam budget.. Maka order kat sini. Mula-mula pilih material. Sebab dikatakan kebanyakan label guna DAMASK maka order lah material DAMASK ni. Bila dah dapat memang cantik la jahitannya. Tapi jahitan belakangnya agak tak disangka.. Dan kainnya agak tebal. Bila dah dapat baru check beza dengan label lain. Ada label yang lebih nipis, lebih lembut dan jahitan cantik depan dan belakang! Tak tau la jenis apa tu... Hmmmm.. Next order, kena survey lagi lah nampaknya. Sekarang kena habiskan 1000pcs label tu :)

Disebabkan tak sabar tunggu label siap, AMBRYNAA shawl batch 1 terpaksa dipublish dulu. Batch-batch yang seterusnya baru ada label ni. Nak jahit label ni pun masalah jugak.. Mula-mula macam ni.. Tak ok.. Macam tu.. Tak OK.. Kali ke 3 trial baru dapat style yang kemas, cantik & memuaskan hati Mama. Label pun nak kena cantik tau.. Walaupun bendanya kat 'dalam'.

Selain dari promosi di blog & facebook. Mama dah booking booth di e@curve pada 15 June 2013. Nombor booth pun no 15. Bila buka booth, kena ada beg.. baru 'butik' :). Mama nak buat konsep booth butik. Walaupun jual di booth, layanan, presentation macam dari/dalam butik. Nak buka butik terus takde modal lagi....

Maka, terhasil lah non-woven bag yang comel ni :). Budget ciput, maka kena buat sesimple yang boleh. Setelah survey-survey, Tunjangmas Resources menepati budget Mama dan dekat dengan rumah :)

https://m.facebook.com/profile.php?nearby=1&id=286026378079564&__user=100000408833190&filter=0&v=timeline

Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan hati. Diharapkan dengan ada nya non-woven bag ini. Blog & jenama AMBRYNAA shawl terpromosi dengan sendirinya bila kawan-kawan dan customer-customer yang disayangi membawa beg ini. In Shaa Allah..



Monday, April 01, 2013

AMBRYNAA ENTERPRISE ~ step to ....

Alhamdulillah.. Mama dah berjaya mendaftar perniagaan - AMBRYNAA ENTERPRISE - buat masa ni Mama khusus kan untuk menjual shawl & mengambil tempahan manik secara online.

Daftar perniagaan ni senang jer. Semua online. Tapi ada step-step yang agak leceh jugak lah. Mula-mula kena daftar nama di myportal : http://www.malaysia.gov.my/EN/myPortal/Pages/myPortal.aspx
Kat sini bukan daftar perniagaan, tapi daftar individu dalam government webpage.
Selepas itu akan dapat email dari admin@portal.gov.my. Disertakan dengan ID Pengguna & kata laluan. Dia suruh tukar password serta merta. Tapi bila masuk dan nak tukar pasword asyik tak boleh jer. So, pakailah password yang susah nak ingat tu.

Lepas dah dapat password, baru boleh daftar perniagaan. Mula-mula kena daftar "SSM Subscriber" kena bayar RM5.00. Bayar online, nak transfer dari bank boleh, kad kredit pun boleh. RM5.00 takkan nak guna kad kredit kuuuttt kan? Hehehe
Lepas dah boleh terus memohon untuk nama syarikat. Bila permohonan nama syarikat diluluskan baru boleh daftar. Permohonan nama syarikat tak dapat terus, kena tunggu sehari dua juga dan takde email pemberitahuan. Kena check sendiri dalam MyPortal. Mama pasti, nama AMBRYNAA ENTERPRISE mesti boleh lulus punya.

Bila nama syarikat dah lulus, daftar syarikat pulak. Daftar syarikat kena bayar RM60 untuk setahun. Kalau nak lebih setahun pun boleh. Tambah jer duit :).
Daftar syarikat pun tak dapat terus, kena tunggu 2-3 hari jugak. Kalau dah lulus, officer SSM akan email, attached sekali dengan "Perakuan Pendaftaran Perniagaan" seperti gambar di bawah.

Dari mula mama daftar myportal sampai dapat perakuan tu memakan masa 5 hari.
Selesai daftar perniagaan... Next step apa pulak?


Daisypath Anniversary tickers