Travel

Showing posts with label restaurant. Show all posts
Showing posts with label restaurant. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Cuti Labor Day di Fraser Hill

 
1 May 2014, cuti Labor Day (Hari Buruh), sekolah pun cuti. Mama & Papa plan pegi Fraser Hill. Mama tak pernah sampai lagi walaupun dekat dengan Bukit Beruntung. (Orang la kata dekat).
 
Jalan nak naik ke Fraser Hill nih gerun jugak, sepanjang perjalanan naik, ramai yang berbasikal. Mama tengok pun penat....naik bukit guna basikal..idok lerrrrrr.
 
Sampai dalam pukul 12.00 tengahari, amik gambar, jalan-jalan sikit, lepak makan icecream.
Bangunan-bangunannya memang cantik, kepala yang pening sebab jalan yang bengkang bengkok sedikit hilang bila tengok pemandangan yang tenang ini.
 
Sebelum balik lunch dulu di Scoot House. Memang terasa makan dalam rumah, dengan decoration ala Inggeris dengan pendiang api tipu. Amyras & Ali pun buat macam rumah sendiri. Berlari sana, memanjat sini.....nak jerit 'rumah orang'. Huhuhu
 
Makan mee goreng, nasi goreng & fish n chips. Rasa dia boleh tahan sedap, tengah lapar la katakan.
Tengah makan hujan turun, nasib baik memang dah dalam bangunan. Kat Fraser Hill ni dah la kedai makan tak banyak, plak tu banyak yang tutup. Memang ramai la pelanggan menunggu kat Scoot House ni.
 
Masa nak balik, kejadian yang tak diingini berlaku. Mama jatuh kat tangga Scoot House. Licin sangat tangga tu kena air hujan. Dah la tengah dukung Ali. Nasib baik tak tergolek. Kaki kiri je terkepak kebelakang. Adoiii..memang sakit sangat. Tapi x de luka & patah. Alhamdulilah.
Lebam nya 2 minggu pun tak hilang lagi.
 
 
 
Selfie Family Picture (^ ^)V

cute kids
Ali & Aimy..belakang tu Scoot House

Amna takde mood nak bergambar la tu


Boarder Line antara Selangor & Pahang







Tuesday, December 17, 2013

Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson - Restoran D'Terapung

Biasanya kalau pegi PD, malam-malam makan kat hotel jer. Tapi kali ni Mama teringin sangat makan seafood. So, bila dah puas berendam dalam kolam, siap-siap keluar mencari makan. Nampak signboard Medan Ikan Bakar, tak jauh sangat dari Grand Lexis.
Bila sampai, wah! Menarik tempatnya. Ada beberapa restoran seafood dalam Medan Ikan Bakar. Mama pilih D'terapung, nampak macam best jer. Restoran atas laut, tapi sebab waktu malam. Tak nampak la lautnya. Huhuhu
Pintu masuk Medan Ikan bakar.

Medan Ikan Bakar PD
Papa tengah pilih ikan yang tak bermata merah.

Medan Ikan Bakar PD
Brother ni promote.. Sekor ikan boleh buat 2 masakan. Kepala masak asam pedas, badan nak sweet sour ke, nak bakar ke.. Apa-apa pun boleh.
Bila dah banyak sangat ikan, blank nak pilih ikan & masakan apa.

Medan Ikan Bakar PD
Ini harga ikan, ikut gram yer.

Medan Ikan Bakar PD, Jalan-Jalan Cari Makan
Ada plaq Jalan-Jalan Cari Makan.
Tak pernah tertengok plak episod pegi sini.

Medan Ikan Bakar PD
Ikan Siakap sweet sour.
Ikannya sedap, tapi tak rasa masak sweet sour pun.. Pedas!
Picture taken from Papa's new Note3 :)

Meda Ikan Bakar PD
Pepahat Cili Api & Kangkung Belacan
Pepahat kureeeng rasanya, rasa pepahat lama. Kangkung biasa-biasa aje.

Medan Ikan Bakar PD, sotong goreng tepung
Sotong Goreng Tepung.
Best! Winner for today.
Tepungnya rangup, sotongnya agak chewy tapi boleh la..

Medan Ikan Bakar PD, Hello Kitty McD
Mimi dengan Hello Kitty McD yang comel♡

Medan Ikan Bakar PD
Mimi sedih air longan kena pau dengan Ali.

Medan Ikan Bakar PD, D'Terapung

Medan Ikan Bakar PD
Posing- posing 

Medan Ikan Bakar PD

Restoran lain yang ada dalam Medan ikan bakar.

Tuesday, October 02, 2012

Green View Garden - Strawberry Farm, Cameron Highland

Lamaaaaaaaaa rasanya tak jalan2 ke Cameron Highland.
Hari ni kali pertama lah Ali jalan-jalan Cameron Highland.
Mama kalau pegi Cameron Highland, ada 2 tempat jer yang wajib singgah. Lagipun perjalanan ni persinggahan jer..on the way dari Sungai Siput ke Bukit Beruntung. Kiranya lalu jalan jauh sikit. Masuk Simpang Pulai dan turun kat Tapah. Belum pernah lagi Mama & Papa bermalam di Cameron Highland, kecuali masa retreat VID. Tapi itu aktiviti opis Mama, tak leh la masuk dalam list bercuti..kan..kan..

Anyway, nak cerita pasal perhentian wajib yang pertama - Green View Garden - Strawberry Farm. Farm ni antara yang terawal akan dijumpai kalau naik ikut Simpang Pulai. Ada Farm lain, tapi Farm ni yang paling best. Kalau singgah sini, wajib makan dessert dia lah. Macam2 dessert yang diperbuat dari strawberry. Tapi kali ni Mama order jugak makanan sampingan lain. Kelaparan punya pasal. Niatnya nak makan steamboat, kedai2 makan banyak kat Tanah Rata. Jauh lagi nak sampai ke sana tu. Maka terkuburla niat nak makan steamboat, simpan untuk next trip plak. hehehe..
Selain dari cafe, ada jual jugak souviners, sayur dan bunga segar. 

Amyras seronok berlari2 kat kebun sayur dan bunga. Papa, Mama & Ali lepak jer tepi kolam ikan koi. Makanannya tak la sedap sangat..biasa-biasa jer..harga pun mahal..huhuhuhu..Tapi suasananya yang best. 
Next time sure singgah lagi..

Mini Strawberry Steamboat : Fish & Chips
  

Tuna Sandwiches : Red Evil

Mash Potato
Mini Strawberry Steamboat

Gambar 'Ali salah fokus plak..

Nyummm...nyummm...tertibnya 'Ali makan :)

Yang lain Amyras makan, tinggalkan Mama makan cherry tomato..huhuhu

Sunday, July 08, 2012

DESSERTS TIME @ THE APARTMENT

Sejak 1st time makan Chocolate Pudding & Vanilla IceCream kat The Apartment memang ada plan nak repeat kalau ada chance. And today is the day!! Yayy!!

Hari ni memang pegi The Apartment semata-mata untuk desserts.. Nyumm!! Nyumm!! Tq Papa♥

Selain choco pudding mama order Pavlova untuk Amyras dan Red Velvet kek untuk Papa. Pavlovanya comel2 4 pieces. Tapi tak boleh lawan Pavlova Serai. Red Velvet dapat rasa sesuap jer, tengah sebuk2 tengok2 dah abis!! Gambar pun tak sempat ambik, laju betul Papa makan. Huhuhu..

Tapi ada 'gangguan' yg menyebabkan tak bleh nak enjoy sangat dengan my chocholate pudding. Spoil betul!!

Friday, July 06, 2012

KEDAI SHAMSUDIN HALAL FOOD, HO CHI MINH

Makan malam yang ke-dua di Vietnam adalah di Kedai Shamsudin. Pintu masuk kedainya agak tersorok di belakang kawasan parking motor. Kedatangan kami disambut oleh seorang perempuan bertudung. Mungkin orang Islam Kemboja.

Makanan adalah menu masakan malaysia. Ada ikan talapia goreng, sup sayur, ayam masak apa ntah, kangkung goreng, telur goreng dadar dan buah tembikai.

Lepas makan, kembali ke hotel dan mama meneruskan aktiviti shopping di pasar malam bersebelahan pasar Benh Thant. Walaupun waktu malam, cuaca agak panas. Berpeluh-peluh 'Ali dibuatnya. Dalam pada berpeluh dan ke'berak'kan..'Ali boleh tido lena dalam warpping Mama...huhuhu

Dapat la juga Mama tangkap beg kain dengan harga RM10 satu.









Sunday, July 01, 2012

D'NYONYA RESTAURANT, HO CHI MINH

Lepas balik dari Cu Chi Tunnel, lunch di D'Nyonya Restaurant. Lapar gila!! Tak sempat nak snap gambar makanan.. Hahahhaha!!

Menu masakan Malaysia, ada sup sayur, telur dadar ( menu wajib ), ayam goreng tepung... Ada lagi menunya.. Tapi dah tak ingat.

Lepas makan pegi shopping telekung, baju kurung, t-shirt etc. Tapi cukup mase laaa... Huhuhu

Daisypath Anniversary tickers