Travel

Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Happy 12th Anniversary ~ 19 October 2014

Breakfast di Cafe Royal Chulan Damansara. Apa nama cafe dah lupa. Banyak pilihan!
Sebab bilik termasuk harga breakfast untuk dewasa 2 org je. Budak kecik Aisya & Amna kena charge RM22 sorang.
Staffnya mesra-mesra belaka. 
Memang rasa nak datang lagi hotel ni.

Lepas makan kenyang-kenyang. (Mama  inform makan banyak2, lunch tak de hari ni.. Hehe). 
Mandi kolam pulak. Semua tak bawak baju mandi, sebab minggu lepas tinggal kan kat umah makwan. Amna pegi tanya kat yang jaga kaunter tuala, boleh tak masuk kolam pakai tracksuit. Boleh!! Seronok Amna. 
Seb baik tak strict sangat management hotel nih. Kolam pun cantik.

Dah puas mandi ( tak puas lagi sebenarnya budak2 ni.. Jenuh nak suruh keluar dari kolam ). Masa untuk check-out.

Lepas check-out pegi singgah OU plak. Lama tak gi OU, sampai ONE card invalid ( agak je sbb duit ada lagi dlm card tu )
Tengok wayang citer kartun - The Book Of Life. 
Best jugak, kisah cinta dari kecik sampai mati boleh hidup balik. Hehehhe

Masa dinner, mama buat yakiniku dari daging korban. Mama tak pandai buat la, liat!. Huhuhu

























Monday, October 20, 2014

Happy 12th Anniversary ~ Hotel Royal Chulan Dam

Sempena ulang tahun perkahwinan Papa Mama yang ke 12. Kita celebrate di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel ni bersambung dengan bangunan eCurve dan ada ice skating. 

Decoration bilik simple dengan warna putih. Cantik! Mama suka. Terutama kerusi malas nya. Berangan dah Mama ni. Dari tingkap bilik nampak kolam renang infinity gitewww..

Tapi bilik air takde bath tub. Alaaaaa..

Dah abis round bilik &posing, keluar jalan kaki ke The Curve. Ramainya orang malam ni. Setiap restaurant pelanggan penuh. Kesian Aisya & Amna mengadu laparr laparr. 
Last-last ke Papa Rich jugak.. tempat biasa. Huhuhu.. Mama pun order menu biasa - Penang Asam laksa & air soya with jelly. Sedap woooo....kalau order menu lain sure nyesal.

Mama tanya Papa tak nak wat ucapan ke kat facebook? Hehehe. Papa dapat idea amik gambar macam gambar kawin yang tergantung kat dinding umah klang. Gambar makan bersuap. Papa siap telefon Makwan minta whatsapp kan gambar tu. Hahahhahaha

Dah dapat gambar, bermula la aksi "photoshoot". Aisya jadi photographer.
Walaupun gambar agak gelap sebab suasana kedai tu yang kelam-kelam. Tapi berjaya mengimbau kembali kenangan 12 tahun lalu. Rasanya gambar baru lebih tersipu-sipu. Poyo sangat!

Thank you Papa, walaupun ucapan copy & kaizen. Hehehe

I love you yesterday
I love you today
I love you tomorrow
I love you forever
Happy 12th Anniversary Abang♡♥︎♥︎


Tak bleh nak posing berdua ada je yang nak nyelit. 

Cantikan decoration serba putih.

Pemandangan dari tingkap. Ali dah siap suruh bukakkan baju, nak mandi kolam.

Wefie sementara tunggu makanan sampai.

Ali nak mee. Ali nak sup. Ali nak belon.

Papa 'suap' kuah laksa. LOL

Wow 253 likes! 

Next entry pasal 'suap' jugak. Tungguuuu... Hehehe








Sunday, September 21, 2014

Palace of The Golden Horses ~ breakfast

Aktiviti paling mama suka - makan!!
Kalau ikutkan breakfast untuk 2 orang dewasa je, Mama dah standby nak bayar untuk Amyras. Tapi yang jaga kaunter bagi je semua masuk. No charge!! 

Alhamdulillah banyak pilihan makanan. Dari makanan standard melayu ke makanan barat. Tak larat nak try semua.

Pagi ni tak pegi mandi kolam sebab semalam dah pegi. Kolamnya pun jauh dari bilik. Tak semangat nak pegi.

Lepas check-out, posing kejap depan lobby. Semua "kuda" Ali nak naik. Layannnn....











Monday, September 15, 2014

Palace of The Golden Horses - Sempena Cuti Sekolah

Cuti Sekolah selama seminggu sudah bermula. Alhamdulillah rezeki kali ini dapat merasa stay kat Palace Of Golden Horses. Pernah datang sekali je hotel ni tapi bukan untuk stay tapi dengar promo membership untuk percutian. Masa tu baru anak sorang, tak fikir pun bab2 percutian ni. Datang kononnya nak dapat voucher free 1 malam. Dapat la voucher free tu tapi sbb weekdays, burn gitu jer.

Kali ni, Ucu ada conference kat sini. Konon-konon nya nak "teman" Ucu la nih. Hahahaha

Harga pun within budget RM383 net including breakfast for 2.

Lepas check-in carik bilik, jenuh jugak.. Budak-budak ni confident je berlari. Sekali salah arah. Huhuhu

Masuk je bilik. Amna kata " wooowwww.. Macam orang kayaaaa ". Terus lompat atas katil. 


Bilik luas, katil king. Perabot berasaskan warna putih dan emas. Banyak perhiasan  kuda - lampu, bekas shampoo etc.

Wardrobe & kabinet untuk chiller & coffee/tea.

Bilik air ada bath tub & shower room. Ali tu dah tak sabo nak mandi kolam. Mama bz amik gambo. Huhuhu

Kuda di mana-mana

Pemandangan dari balkoni bilik.

Lepas dah puas tengok bilik. Terus pegi swimming pool. Jauhnya swimming pool dari bilik. Jenuh gak menapak.

Ramai orang hari ni, ada yang siap bentang tikar bawak bekal makan bersama keluarga.

Bila Papa ambik tuala... Mak aaaiiii.. berjeghombeeiiii orang Perak kata. Ini hukum jadi lap kaki dah nih. 

Siap berlobang komeeee... Teringat plak hotel kat Lumut.. Yang bagi tuala buruk macam ni.

Nasib baik tuala dalam bilik cantik bersih.

Papa jadi bodyguard Amna Aimy & Ali.
Aisya kena halau, sebab tak pakai proper swimming suit. Sian Aisya...nak kena beli baju mandi baru. Baju mandi lama dah kecik. Sebab tu Aisya pakai seluar track.

Kemain lagi Aimy posing.

Lepas mandi kolam nak naik boat plak. 
Tunggu next entry yer..

















Sunday, July 13, 2014

Morib Gold Cost - Happy Birthday Amna


Happy 8th Birthday Amna - 13 June 2014 & Happy Birthday 5th Birthday Aimy - 30 June 2014.
Semoga anak-anak Mama membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

Sempena birthday Amna & Aimy, mama & papa bawa pegi Morib Gold Coast yang glamer dengan water theme park dalam hotel tu.

Mama booking via internet. Dari website direct ke Agoda. Seingat Mama, mama booking tu harganya dalam 400++ untuk apartment 2 bilik. Tapi bila dapat confirmation jadi rm522 pulak. Masa check-in tengok pada kertas booking harga rm433. Hmmmm.. Tanya adik yg jaga kaunter tu, tak menjawab soalan plak. Pas tu, bilik jauh dari bangunan yang ada water themepark. Kena cross 1 bangunan! Jakuzzi pun takde!! Frust!!
Padan muka mama sebab tak baca betul2 facilitiesnya, selain tu kata ada Astro-tapi channel Astronya TV al-hijrah je. Lain-lain channel biasa TV1, TV2, TV3, 8Tv & TV9 je.. Amyras kecewa tak dapat tengok Runningman.
Lagi satu, wifi - x de langsung!

Nasib baik breakfast banyak pilihan dan Amyras & Ali seronok mandi kolam sampai tak nak balik. Huhuhu..
Amna dah request nak datang lagi.
InsyaAllah kalau ada rezeki kita pegi lagi yer..


Cupcake Frozen mama order dari Hani. Comel kan.. Rasa pun sedappp!! 
Boleh contact Hani untuk order : +60 12 697 4862

Ini dia water themeparknya.. Ramainya orang.

Papa yang over excited nampaknya. Hehehe


Dinner time pegi Medan Selera Pantai, tak jauh dari hotel. Dalam 5 minit je perjalanan dengan kereta.

Datang sini nak makan udang goreng susu tepung. Tapi malangnya dah takde jual kat restaurant ni. Takde rezeki.

Sotong Bakar Morib. Itu la namanyanya, sorong kering yang dibakar kemudian ditabur dengan kacang tumbuk & sos cili.  5 helai RM10.
Nasib baik mak beli sotong ni. Kalau tak kebulur! Sebab makanan yg diorder sangatlah lambat.


Breakfast di Morib Gold Coast. Boleh tahan banyak menunya. Tapi pukul 10pagi dah last call. Macam awal sangat je ...


Dapat makan sebelah water theme park.


Makwan & birthday girl Amna. (Aisya & Amna tak nak pegi sarapan, kenyang makan ipad)



Habis sarapan, menapak cross 1 bangunan. Huhuhu


Hari ni jugak merupakan Father's Day.
On d way balik singgah tempat wajib. Starbuck Drive Tru di R&R Rawang.
Happy Father's Day Papa♡♡♡♡
Thank you for everything.











Sunday, April 13, 2014

Trip GuangZhou ~ Arrival + Jin Xiang Hotel

Sampai Banyun International Airport pukul 12.30am 26hb Mac 2014. Rombongan disambut En. Suhail selaku tourist guide a.k.a kawan Uncle Ipin. 
Cuaca dikatakan dalam 20-22 darjah celcius, tapi tak sejuk pun.....

Dari Airport ke hotel naik bas@coaster. Nama hotel Jin Xiang Hotel ( sampai la nih tak ingat2 nama hotel nih.. Kikiki)
En.Suhail kata hotel 2-3 bintang.. Tapi macam takde bintang jer.. Hehhehe..
Tengok range harga 100-200yuan.

Pemandangan depan hotel

Check-in time. Masa check-in bayar untuk sehari je walau pun nak stay 4 hari. Esok bayar lagi. Pelikkan....

Pak Guard yang ralit tgk tab. Huhuhuhu

Kad kunci.

Ini bilik kami yang lampunya sangat romantik. 

Masuk-masuk nampak toilet.

Tempat sangkut baju??

Remote semua tulisan cina.

Plug boleh guna macam kat Malaysia. Bawak jugak yang universal tu, tak guna pun.

Dalam bilik ada sekotak benda ni. Kat luar pun ada. Tengok gambar pun tau kan untuk apa. (^ ^)

Sebab sampai bilik pun koi 2 pagi, esoknya rombongan start koi 10.00am. 




Daisypath Anniversary tickers