Travel

Showing posts with label pantai. Show all posts
Showing posts with label pantai. Show all posts

Saturday, June 08, 2013

Pantai Sepat, Kuantan Pahang

Selain dari Teluk Cempedak, di Kuantan ni ada Pantai Sepat. Pantai yang boleh lepak-lepak dan buat aktitivi pantai yang
lain.

Petang ni, masa on d way hujan lebat. Tapi alhamdulillah, sampai je kat Pantai Sepat lebih kurang pukul 6.30petang hujan dah berhenti. Tapi gerai yang jual kueh-mueh dah nak tutup.
Teringin nak makan kopok lekor sebenornya... Huhuhu

Petang-petang ni air surut. Angin takde jadi tak dapat nak main layang-layang.
Sebab sampai pun dah lambat, tak leh lama-lama lepak kat sini. Next time maybe boleh piknik ke kat sini :)

Picture edit using VSCOcam Apps.


















Friday, June 07, 2013

Lepak-lepak di Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Hari ni Mama bawak anak-anak Mama pegi Teluk Cempedak. 1st time bawa ke pantai tanpa Papa nih! Hari sebelum tu dah check kat Waze Apps, hmmm tak jauh sangat dari Pekan, dalam 30~45 minit. Papa dah pesan awal-awal jangan mandi laut... Hmmm.. Jadinya memang standby duit beli mainan lah.. Huhuhu

Sampai je kat Teluk Cempedak tu tersalah masuk drive-tru McD.. Ekekke.. Sebab dah 2 hari telan McD x de selera dah la nak makan McD. Tunggu je la kereta depan settlekan urusan pembeliaannya. Nak potong tak boleh sebab drive-trunya muat satu kereta je.

Bila dah parking kat parking berbayar RM2. Terus pegi ke tepi pantai, tapi malangnya terus ditarik ke kedai mainan. Aisya & Amna nak layang-layang. Aimy nak bubble dan bola untuk Ali.

Bila Aisya & Amna sebuk memasang layang-layang masing-masing. Aimy pun nak jugak layang-layang. Minta Aisya pegi belikan, sambil Mama try layang-layang Aisya & Amna. Bestnya main layang-layang tepi laut nih.... Bila nak ajar Aimy main layang-layang dia, nak pegi toilet la pulak. Bawak Aimy pegi toilet, masuk kena bayar 30 sen. Balik dari toilet, nak beli mainan lain pulak. Hadoooiiiiii.....
Bubble dengan layang-layang tak sentuh pun dah nak beli mainan lain. Gggrrrrrrrr!!!

Pujuk pegi minum Chatime dulu. Kut-kut hilang rasa nak beli mainan lain tu... Lama siyut nak menunggu Chatime siapkan 4 air, ke sebab Aimy duk merengek je yang jadi rasa lambat. Huhuhu
Ingat nak lepak kat tingkat atas Chatime tu, tapi tak bukak pulak.. Ade space duduk tapi tak bukak pulak.. Ape daaaa...

Minum tepi pantai jer lah. Rengekan Aimy masih tak berhenti. Amna volunteer nak pegi tengok harga mainan untuk istana pasir ( sebenarnya Amna yang nak mainan ni.. Tu yang sanggup jadi volunteer.. Huhu).. Aimy pun mengekut, balik dari tengok harga Aimy meraung.. Jatuh rupanya. Kakak Aisya pegi main air kat pesisir pantai. Bila Amna pegi panggil Aisya, dia pulak melekat kat situ. Aimy pulak tak berenti melalak sambil jerit nakbeli!!. nak beli!!..hadoiiii..

Maximum 2 jam je dapat bertahan di Teluk Cempedak. Kalau nak layan nafsu si Aimy ni, satu kedai mainan tu nak di borongnya. So, beli 1 lagi mainan (bubble lagi) terus balik.














Monday, February 11, 2013

Teluk Senangin Lumut Perak ~ BBQ & mandi laut sampai lebam!

Sampai di Teluk Senangin lebih kurang pukul 10.30 pagi. Dah ramai pengunjung Teluk Senangin pagi-pagi ni. Tempat-tempat yang strategic untuk berkelah memang dah takde la. Sampai ke hujung jalan Pak Ngah survey. Akhirnya patah balik, parking di kawasan mula-mula masuk.

Lepas parking keta, terus bentang tikar dan start acara masak-memasak. Budak-budak di kerah tukar baju dan silalah mandi laut. Sekejap jer dah ada dalam laut.. Pantas sungguh!!

BBQ hari ni, peralatan Pak Ngah yang bawa. Ayam resepi perapan keluarga PakLong. Seafood beli kat Pantai Remis malam tadi, kat gerai tepi jalan. Katanya ikan baru naik dari laut tengahari tadi. Ikan kembung, ikan siakap dan sotong. Udang beli kat AEON Sri Manjung sebab udang kat Pantai Remis kecik bebenor.

Budak-budak, BBQ tak abis bakar dah minta makan dah. Berendam dalam air memang cepat lapar! Mama bawa mash potato & coselow tapi dah basi...sedih sangat. Moralnya, jangan buat awal-awal. Nasib baik Mak Long bawak periuk nasi & masak nasi pagi tadi.

Selesai makan, naik boat beramai-ramai dalam 15 minit. Chargenya RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak. Lepas naik boat, naik banana boat plak RM8 dewasa. Bdak2 tak leh naik. Lepas tu naik Jet-ski plak. Tapi Along Effa yang keriau sangat nak naik Jet-ski tu. Sekali naik sampai 3 orang, dah la macam kena dera je Jet-Ski tu.. Ekekek.. Jet-Ski chargenya RM50 untuk 15 minit. RM80 untuk 30 minit. Pak Long tengok Along Effa bawak, sikit punya kutuk bawak lembab. Bila Pak Long bawak, lagi selow!! Hahhaha..

Bila semua budak2 dah hitam legam kena sunburn. Masa untuk kemas mengemas & balik. Kat sini ada disediakan toilet- buang air 50 sen, mandi seringgit. Tapi bila dah ramai orang, kena beratur panjang ler.

Tamat sudah BBQ hari ni, Mama sangat seronok sebab dapat berkumpul dan bergembira beramai-ramai. Next time kita buat lagi okeh!



























Tuesday, June 21, 2011

Langkawi Trip ~ Pantai Cenang

Memang seronok gila mandi laut. Pedih mata masuk air masin :)
Hari kedua naik Banana Boat, harga sorang RM10 minimum 5 orang. So, mama, ucu, untie umi, uncle long & uncle ipin jer yang naik. Papa tinggal jaga anak2...hehhehe
Mula2 excited masing2 semua pakat menjerit, excited + takut sebenarnya. Awal2 lagi dah pesan jangan jatuhkan. Jauh jugak di bawak ke tengah laut. Masa bawak ke tengah laut tuh laju gila, nak buka mata pun susah. Bila on d way balik baru slow..seronok nya naik Banana Boat..hehhe

pantai cenang


macam2 aktiviti ada..sediakan aje duit..huhuhu
jet ski 15 minit RM50
yang terbang tu tak ingat berapa..tapi seram lah!





Dania lari ala2 citer Baywatch :)

Aimy takut ombak..main pasir pun jadi lah

bestnya lepak tepi pantai.....

Saturday, March 27, 2010

Nasi Dagang Batu Burok, Terengganu

kaki comel Aimy, main pasir kat Pantai Batu Burok.
Aisya & Amna excited main air laut :)

kekonon lari dari ombak. Jauh lagi Amna ooiiii..


Cantikkan?



Yeayyyy..dapat pijak pasir :)

Aimy dah ngantuk ;p

Main kejar2 kat kedai makan. 3 kali Amna jatuh. Kat tempat yang sama lak tuh. lawak betul!


Nasi dagang rm3.00 sepinggan


Lauk kari ikan tongkol dan sayur timun dihidang asing.
Lauk nih yg specialnya, sedap! memang lain la rasanya dari kari ikan tongkol yg pernah dimakan sebelum nih. Belimbing buluh tuh yg buat terliur tuh..Slruuppppp!!!! Yumm..yummmmmm!!!


Order air sekarang kena sorang satu..dah tak boleh kongsi. Dah besar2 anak Mama ni...


Kedai Nasi Dagang Kak Pah, Gerai No. 30
Deretan kedai makan kat Pantai Batu Burok.
Jual untuk sarapan pagi shj - Nasi Dagang & Nasi Lemak.
Kena datang awal..kalau x abisssss.
Pernah datang pukul 10.00 pagi, dah abis daaaaahhhh..
Mama & Papa makan 2 pinggan..ngehngehngeh!


Blurrpppp!!! kenyang :)











Daisypath Anniversary tickers