Travel

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, July 12, 2015

Beg Raya 2015


Tahun (2015) ini dalam sejarah. Mama ada beg raya!!
Beg papa "belanje".
Terima kasih Papa!
Dengan ucapan. Jangan buat lagi nanti kena denda.




Sunday, August 10, 2014

Cerita Raya ke 2 ( Hari Raya 2014)

Cerita Raya ke - 2

Melawat kubur Opah. Al- Fatihah untuk Opah Musripah binti Jamali. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Posing di perkarangan Masjid Felda Lasah.

Beraya di rumah Untie Zila di Pulau Mentimun & Untie Gee di Kg Tok Bisan.

Tokyah & Makwan nak datang! Mama & Papa bergegas ke TF Sg Siput. Kat situ je ada jual ikan etc. Sampai je umah Atuk, Tokyah & Makwan dah sampai. Bergegas tolong nenek & maklong pulak di dapur. Menu dinner - Udang Sambal Petai, Sup Tulang, Ikan Talapia goreng, ikan masin, sayur kangkung dan sambal belacan. Memang terbaekk!!

Terima kasih Tokyah, Makwan, Opah Lang, Tok Lang & Pakwe sebab sudi datang umah Atuk :).















Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014









Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.
Raya tahun ni giliran beraya di Klang. 
Tanpa Uncle Long & Ucu's family (beraya di rumah mertua).
Pagi raya, lepas solat raya, makan nasi impit. Bersalaman dan bermaafan dengan Makwan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan halal kan makan minum kami ye Makwan.

Selesai sessi bersalaman, pergi kedai gambar nak amik gambar family. Dah ramai menunggu nak amik gambar. Sampai turn, Ali dan Aimy buat hal plak. Jenuh nak suh tengok camera. Memang tak puas hati tengok hasilnya, tapi mungkin itu menjadi memori yang boleh jadi 'bahan' bila terkenangkan memori raya 2014.

Lepas Zuhur bertolak ke Taiping bersama Tokyah & makwan, pergi ke rumah Tok Yah Papa. Tok Yah Papa masih sihat, alhamdulillah. Selepas itu ke rumah Opah Yong dan Opah Njang. 

Sampai di Felda Lasah pukul 2.00pagi.
Kesian kat Papa, penat drive seharian hari ni.
Itu lah penangan hari raya. Hehhehe



Saturday, August 24, 2013

Gala Raya Perodua - 20th Anniversary

Hari ni ada open house di Perodua atau nama glamernya Gala Raya (ada orang kata Galak Raya... Heheheh) Jemputan dianggarkan 20K orang.. Perghhh ramai tuu..jemputan kehormat adalah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Kita sampai dalam pukul tiga petang. Kaunter cabutan bertuah dah tutup. (Majlis mula pukul 1 tghari). Kad Mama pun tertinggal kat opis. Ingatkan kalau sampai awal nak pegi amik. Sampai pun dah lambat.. Lupakan ajer lah.. Huhuhu..
Parking kat KLB post ( ikut E9 ) .. Jauh wehhh.. Tapi ada shuttle bas, tak la berjalan jauh. Bukan selalu anak-anak Mama dapat merasa naik bas kan. 

Perdana Menteri Malaysia
Credit fb Nurulhuda

Baju melayu biru tu boss Mama. First time pakai baju melayu.
Credit fb Nurulhuda.

Amyras & Ali excited naik bas.

Khemah pertama sangat sesak. Sisa makanan tak dikutip, bertimbun atas meja. Tak de sapa yg kutip ker?? Tong sampah pun tak nampak kat mana.
Kaunter makanan pun banyak yang dah habis tak bertop-up & berterabur. Sangat mendukacita kan.. 
Mama minta kat orang rambutan untuk Amyras sebab sebuk nak buah. Kat kaunter dah habis... Dapat sekali dengan satay. Huhuhu

Khemah no 3 lengang.. Selesa sikit nak makan. Tapi kaunter makanan sama.. Lambat top-up.. 
*bekas air Ali yang biru ni tertinggal plak.. Huhuhu

Ingatkan skrin tv siarkan apa yang berlaku dalam khemah utama. Tapi rupanya nombor cabutan bertuah jer.. Nak tengok apa yg berlaku dlm khemah utama memang dah tak boleh.. Sesak! Kalau ada skrin kat luar yang boleh tengok kan bagus..

Posing sebelum balik. Ali buat piss.. Sebiji macam Amna buat masa baya2 Ali. :)

Amna nak tengok konsert. Berat ek Papa? Hehehe

Tengok Kakak Amna duk atas bahu Papa, Ali terus panjat bahu Mama!! 

Soalan azimat Papa 'apa yang bestnya orang ramai-ramai ni?' Jawabbb.. Jaawaabbb... Hahhahaha

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Kurung moden Mama & dress Amyras by Dyana Rosmaddy.
Shawl sedondon Mama & Amyras by Ambrynaa Shawl.
Baju Melayu Papa & Ali by PKNS.

Raya pertama tahun ni di rumah Atuk. Sepatutnya kalau ikut turn raya pertama kat rumah Makwan. Tapi sebab Makwan nak raya kat Taiping, kita balik Sungai dululah dan akan menyusul ke Taiping.

Mama tak bawa DSLR!! Adoiiii.. Cam mana leh lupa benda penting. Kalau kat umah Atuk ni tak sempat nak amik gambar family, tetamu dah datang beraya.
Ali plak mengamuk masa nak amik gambar family kita.. Memang x de gambar yg elok. Huhuhu

Pagi pegi beraya Amyras beraya ke rumah jiran2. Excited Aisya & Amna beraya kali ni.. Aimy yang tak pandai lagi.. Belum sampai umah jiran dah kena hantar balik. Ekekeke...
P
Petang raya pertama beraya di rumah Tokyah, Cik Gayah, Yong & Mak Anjang di Taiping. Pukul 1 pagi baru sampai rumah Atuk...














Daisypath Anniversary tickers