Travel

Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

Monday, September 17, 2012

AQIQAH AMBRY NASR 'ALI / RUMAH TERBUKA AIDILFIRI

Alhamdulillah... Berakhir majlis Aqiqah Ambry Nasr 'Ali merangkap rumah terbuka Aidilfitri di rumah Makwan.

"Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam."

"Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila ia telah berkemampuan, maka bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya"

Sumber: www.ustaznoramin.com

Terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan memeriahkan majlis kali ini.

Pertama kali order kambing golek. Memang TERBAEK!! Memang tak cukup la seekor.... Sekejap jer abis. Rasa dagingnya lembut, sangat serasi dengan black paper sos. Di makan dengan salad. Sepatutnya ada mash potato, tapi bleh plak catering lupa!! Cisss!!!

Terima kasih kepada MakWan, Ucu, Uncle Epyn, Uncle Long, Untie Umie, Mak Pah, Pakwe, Uncle Ayap dan semua yang membantu memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya. Terutamanya Makwan yang bertungkus-lumus memasak. Seminggu pun belum tentu abis penat...

Jika diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, seekor lagi kambing akan di aqiqahkan di Felda Lasah di rumah Atuk Dollah pulak :)

Saturday, September 08, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA DI OFIS MAMA

Setiap tahun ofis 'sebelah' akan buat open house sempena sambutan Aidilfitri. Seronok betul tengok decoration setiap floor. Semakin kreatif dan semakin menarik.

Paling Mama suka decoration ala2 rumah kampung. Ada jala, kawah, tempayan, hidangan kueh2 ala2 kampung. Memang cantik!!
Sakan Mama & kawan-kawan berposing.

Makanan jangan cakap la.. Tiap2 floor lain2 menunya. Kalau makan semua memang boleh pecah perut. Yang paling terkesan dan melekat diingatan Mama ni ubi rebus dan sambal tumbuk ikan bilis. Sedapnyaaaa... Tahun lepas pun ada jugak. Masih segar diingatan. Hehe

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menjemput dan menjamu. Semua makanan sedap-sedap belaka. Tahun depan jemput lagi yer :)

Saturday, September 01, 2012

BERAYA DAN ARNAB @ LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Sempena Cuti Merdeka ke 55 tahun ini, Makwan mengajak beraya di rumah Nek Su ( adik bongsu Mak kepada Makwan ) Kiranya pangkat moyang la dengan Amyras & Ali.

Seronok Amyras dapat jumpa Dania & Yaya.. Abis ditawafnya umah Nek Su. Laksa maksu yg katanya 1st time buat, sangatlah sedap!! Ucu makan tambah 3 kali!!

Sebelum balik sempat bergambar kenangan.

On d way balik singgah di Taman Arnab Broga. Excitednya Aimy jumpa arnab. Dikejornya keliling area arnab yg dilepaskan tu. Selamba je Aimy tangkap arnab. Cergas-cergas arnab kat sini, tak macam arnab kat Bukit Tinggi.

Selain dari arnab terdapat juga binatang lain seperti rusa, kuda, keldai, kambing, monyet, burung unta etc.
Ada juga makanan dari daging arnab, ditulis halal, tapi tak sanggup plak nak makan. Huhuhu

Sampai petang kat Rawang, singgah open house kawan mama plak di Kota Emerald.

Daisypath Anniversary tickers