Travel

Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Bila Menderhaka...

http://ambrynaa.blogspot.com/2009/08/jom-masak-bersama-mama-1-aimy-pun.html?m=1

First time buat cookies ala famous amos tahun 2009!! 4 tahun lepas!!! Kahkahkah.. Lama gila.. Rasanya lepas tu tak pernah buat dah kut.. Ekekkeke.. Hari ni roh apa yang datang, rasa nak buat cookies ala famous amos ni... Aisya & Amna tak sabar-sabar nak tolong Mama nih!

Kali ni guna resepi dari blog ni :
http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/resepi-biskut-famous-amos.html?m=1

Tapi Mama menderhaka kat resepi ni.. Kat mana derhakanya sila baca .. Huhuhu

(BAHAN2 A)
1 cawan gula ** aku buat stgh cawan je [Mama guna 1 cawan gula pasir]
1 cawan gula perang ** aku guna stgh cwn jugak [Derhaka#1 Mama tak guna langsung gula perang]
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak
1 telor
secubit garam
1 sb susu segar @ susu tepung
1 sudu teh esen vanilla [Derhaka#2: Mama tak letak essen vanilla.. Ingatkan ade kat umah rupanya takde!!]


(BAHAN B)
4 cawan tepong gandum (di ayak)
2 sudu besar serbuk koko (di ayak)
2 sudu besar tepung jagung ( di ayak) [Derhaka#3: Tepung jagung takdak!! Mama tanya Untie Hada, dia kate takpe kalau x de tepung jagung, letak tepung gandum jugak...]
1 sk cream of tartar ** aku ganti dgn 1 sudu kecik cuka [ Derhaka#4:  tak letak jugak ]
1 sk soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang ** aku letak 1 cawan almond nib [ Mama letak almond jugak, tapi ini bukan kategori derhaka kut.. Heheh]
2 cawan semisweet chocolate chips


Cara2nya pulak :
Satukan k semua bhn2 A ke dalam mangkuk besar.. mixer ke semuanya sampai sebati.. ohye, gula perang tu aku blend kering dulu sbb kasar sgt.. takut kalau terus mixer tak larut lak gula perang tu dgn adunan lain..
Bila dah sebati baru masukkan bhn2 B pulak ke dalam adunan td..
[Derhaka#5: Mama cairkan butter jadi 1 cawan + 1 cawan minyak...errkk!! Banyaknya minyak.. Masa nih dah rasa 'salah' dah..]

Kali ni gaul guna senduk atau spatula je..masukkan step by step tau bhn2 B tu, bkn sekaligus.. contoh korang masukkan tepung sikit demi sikit dulu, pastu masukkan serbuk koko lak, pastu di ikuti bhn2 lain lak..
[Derhaka#6: resepi suruh gaul guna senduk, Mama maintain pakai mixer.. Dah macam adunan kek jer Mama tengok. Jadi....Derhaka#7: Mama masukkan lagi 2 cawan tepung. Baru la adunan seswai untuk diuli buat biskut..hehehhe
Sepatutnya 'sudukan' je letak dalam loyang.. Tapi Mama punya adunan nih boleh diuli2.. ]

Hasilnya akan jd seperti kat atas.. pastikan oven korang dah panaskan terlebih dahulu dgn suhu 160 celsius.. masak selama 15-20 minit.. bergantung pd oven jugak ye..

Kalau tak berani bakar byk2 sbb takut rentung, korang try bakar 2-3 ketul dulu sbb nak setting berapa lama dan suhu sesuai utk jenis oven korang .. paham kan maksud aku..
[Mama takde try2 ni, guna jer 'Bake Auto' kat microwave tu.. Elok jer masaknya .. ]

Ok, tengok bentuk macam ok.. Nak rasa plak.. Kecut perut jugak nih.. Bila rasa.. Mmmmmm... Tak de la teruk sangat, masih boleh diterima tekak. Hahahha.. Aisya kata sedap.. So, selamat cookies Mama hari ni..walaupun menderhaka. Heheheh..









Saturday, January 22, 2011

Jom Masak Bersama Mama 4: Fruit Castard

Anak-anak mama nih kalau bab nak nolong mama masak memang suka beno..Tapi sebab dapur dapur yang comel, memang rimas la kalau ramai2 kat dapur..hehehe..Untuk buat Fruit Castard ni senang jer, so mama bagi chance aisya & amna nolong :) Bahan2nya:
1 cawan tepung castard
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
Ini jer bahan2nya :)

Mula2 masukkan 1 cawan tepung castard ke dalam periuk.


Tambahkan 3 cawan air. Tepung castard nih automatik jadi kuning bila ditambah air :)

Masukkan juga air dari tin cocktail. Masak sampai agak likat dan berkilat.
Bila dah agak likat, masukkan buah-buahan dalam tin.

Macam ni la lebih kurang kelikatan..then boleh tutup api dapur.
Masukkan ke dalam bekas. Mama hias dengan hirisan buah kiwi. Bagi nampak cantik :)
Kemudian masukkan dalam peti ais.

Untuk 'kuah'nya pula, panaskan susu cair dalam periuk.
Masukkan 2 sudu besar gula. Kemanisan ikut selera masing2 ye.
Kacau sampai gula larut. Dah siap! Masukkan dalam peti ais.
Bila dah sejuk boleh la makan. Campurkan ajer fruitcastard dengan susu. Nyummm!!Nyumm!! sedaappppp!!!

Thursday, January 20, 2011

Jom Masak Bersama Mama 3 : Zaru Soba

Zaru Soba makanan kegemaran anak2 mama..nama lain Zaru Soba ni adalah 'Mee Jepun'. heheh

Budak2 memang suka..kalau tak caya boleh cuba :) Bahan2nya

( untuk makan 2 dewasa 2 kanak2)

Untuk kuah:

10 ekor ikan bilis

soy sauce ( Kikkoman premium)

2 sudu besar gula pasir

1 peket Konbu dashi


Mee & Aksesori:

200g Soba

Nori (digunting halus2)

Halia (disagat)

Daun bawang

Wasabi

Ini soy sauce yang mama guna.


Rebus ikan bilis dengan 4 mangkuk kecil air.


Masukkan 1 peket Konbu dashi.

(kalau tak masukkan pun tak per..tapi Mama lagi suka ada rasa konbu ni)


Panas kan sampai menggelegak & masukkan soy sauce. Mama masukkan 4 senduk comel tu.

Kemudian 1 senduk comel gula pasir=2 sudu besar.

Boleh la rasa, nak rasa lagi pekat boleh tambah soy sauce lagi.

Kalau dah OK, boleh tutup api dan biarkan sejuk.

Untuk rebus Sobanya, panaskan air dalam periuk sampai menggelegak. Bila dah menggelegak, masukkan soba. Tak perlu masuk garam yer.


Biarkan sampai soba lembut. Kena kacau kan sikit supaya soba lembut sama rata.


Bila dah lembut, rendam dengan air paip yang mengalir. Rendam sampai sejuk.



Sementara itu, sagat/parut halia. sikit jer :)


Ini dia aksesori Zaru Soba. Daun bawang, Wasabi & Halia sagat/parut.


Soba yang dah sejuk tadi, letak atas pinggan dan taburkan Nori yang dah digunting halus di atasnya. (Pinggan special ni mama beli kat Daiso-One Utama)


Letakkan kuah dalam mangkuk. Masukkan aksesori dalam kuah. Bila nak makan, celup2 soba dala kuah dah makan. Sluuurrrpppp!!!!



Ini hidangan untuk Aisya & Amna. Tak tau pakai ohashi (chopstik) lagi :)



Aimy asyik cakap Naaakkkk!!! Nakkkk!!!



Amna yang panggil Zaru Soba ni 'Mee Jepun'.

Bersungguh kakak Aisya makan.


Mama punya dah habis, pau kakak Aisya punya pulak.

Sunday, November 21, 2010

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010

Hari Raya Aidiladha tahun ni sambut kat umah Mak Wan. Lepas balik dari solat sunat raya, semua makan nasi impit, kuah kacang, masak lodeh & rendang ayam yang mak wan buat. Lepas tu, amyras main beskal kat porch keta & main tulis2 dalam buku yg mak wan kasik.

Malamnya, bertolak ke kampung Atuk plak. Esok paginya nampak 2 ekor lembu tertambat kat pokok belakang umah. Rupa2nya, Persatuan Generasi ke-2 Felda akan buat majlis korban kat dewan sebelah umah atuk. Pak Ngah & Mak Ngah pun ada amik bahagian dalam korban ni.
Abang Aziz tengah duk pujuk lembu tu kut..:p

Aimy & Amna dengan jakunnya duk tengok lembu. Mama & Papa pun jakun jugak..huhuhuhu

Tumbang dah sekor lembu. Yang nih kecik sikit sizenya.

Lembu yang kedua, sizenya besor..sangat menyayat hati dengar suara lembu mengerang. Yang baju jalur2 tu Pak Ngah tengah amik video.

Nak tengok tapi takut..tengok dari jauh jer :)

Lembu pertama sedang dilapah.


Lembu kedua sedang dilapah. Cuba teka apa Uncle Sham (pakai baju purple) tu pegang?


Depan dewan, kerja2 melapah lagi.


Atuk tolong tengok :)

Kerja2 menyiang bawang. Kawan2 arwah Opah ni..

Kena paksa posing...heheh *kena paksa pun comel :)

Daging yang akan diagih2kan untuk disedekahkan.


Aimy tengok Atuk ketuk tulang lembu.

Sisa-sisa yang bakal ditanam.
Waktu tengahari ada makan tengahhari untuk jamu mereka yang membantu menjayakan majlis hari ini. Mama pun join makan, walopun tolong tengok jer..hehhe
Memang lain rasa daging fresh..memang sedap & lembut. Lupa lak nak amik gambo lauk daging lembu masak itam. Malamnya, makan sup tulang lak. Pak Ngah bawak balik 2 ketul gearbox. Sedapnyaaa...alhamdulillah..murah rezeki.

Tuesday, August 25, 2009

Puding Roti

Jom Masak Bersama Mama – 2


Puding Roti & Mentega

Puding Roti bersama Aiskrim


Puding Roti bersama Madu


24 Aug 2009
Hari nih nak buat Puding Roti. Sebelum nih pernah buat tapi macam tak menjadi jer..sebab tak tgk resepi pun..pakai taram jer. Kali ni buat tengok resepi J.
Ini pun resepi Mama amik dari mesra.net.
Puding Roti Dan Mentega

Sumber: Majalah Jelita Februari 2001
Bahan-Bahan:
4 keping roti, disapu mentega (guna roti gardenia, lebih dari 4 keping )75 g campuran buah-buahan kering (guna kismis )450 ml susu segar3 biji telur
25 g gula (x timbang pun, letak 4 sudu )Sedikit serbuk pala (Mama x letak pun sbb x der)Aiskrim vanila, jika suka
Cara:
Atur roti dan buah-buahan di dalam loyang atau mangkuk segi empat. Panaskan susu di atas api sederhana tetapi jangan sampai mendidih. Pukul telur dan gula sampai kembang. Masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau sebati. Tuangkan bancuhan ke atas susunan roti dan tabur serbuk pala. Biarkan 15 minit supaya roti agak kembang sedikit. Bakar di dalam ketuhar 20-30 minit pada suhu 180'C. Boleh dihidangkan bersama aiskrim atau dimakan begitu sahaja.

Resepi ni tak la susah sangat. Aisya ngan Amna tolong sapukan mentega. Pecahkan telur sorang sebiji. Kemudian, Aisya kacau susu & Amna kacau telur dengan gula.
Bila dah masak, Aisya tak sabar2 nak makan roti. Puasa...tak boleh..malam baru boleh makan. Bila dah berbuka puasa. Lepas makan nasi, terus Aisya makan pudding roti. Sedap katanya, tapi tak rasa gula, rasa telur ngan mentega jer katanya. Hmmm..kurang manis la tu. Papa bagi cadangan makan dengan madu. Good idea Papa!! :)

Butter Prawn with Egg Floss


Sebelum puasa, Mama minta Papa belikan udang sekilo. Teringin nak buat Butter Prawn yang ada ‘jala2’. Cari dalam internet jumpa video cara2 nak buat Butter Prawn with Egg Floss. TAPI nak dapat dari mula sampai habis movie nih punya lah lama!!! Tapi sebab nak tgk jugak, Mama tunggu la sampai habis. Sambil2 tuh siap la buat Puding roti.

Bahan2nya:
Udang Besar, Telur Kuning (Mama guna jugak putih telurnya, sbb tu tak berapa menjadi ekkek), Butter, Cili Padi, Daun Kari(tak der, so tak letak), Susu Cair(pun takder, Mama guna susu segar), Garam & Gula secukup rasa.
Cara2:
1) Buat Egg floss dulu- cairkan butter, tambah minyak masak sikit. Masukkan kuning telur sambil kacau tanpa henti sampai telur jadi perang. Bila dah start mcm berbuih tu..kira dah boleh angkat. Letakkan dalam penapis, untuk buang minyak.
2) Goreng Udang – deep fried. Angkat.
3) Cairkan butter, masukkan cili padi, garam & gula, daun kari, Susu Cair sikit, Udang yg dah digoreng tadi. (Sepatutnya semua bahan nih jadi kering, tapi Mama buat tak berapa menjadi, terlebih butter kut, tak pun sebab susu segar)
4) Angkat, letak dalam pinggan. Taburkan Egg floss tadi.

Dari segi mitame, memang tak berapa menjadi egg floss nya. Tapi dari segi rasa, boleh tahan. Papa kata sedap, sebab udangnya manis kut ...katanya...cehh!! Ingatkan sebab Mama masak. Next time nak buat lagi sampai jadi egg floss tu..ekekke

Daisypath Anniversary tickers