Travel

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Happy 12th Anniversary ~ 19 October 2014

Breakfast di Cafe Royal Chulan Damansara. Apa nama cafe dah lupa. Banyak pilihan!
Sebab bilik termasuk harga breakfast untuk dewasa 2 org je. Budak kecik Aisya & Amna kena charge RM22 sorang.
Staffnya mesra-mesra belaka. 
Memang rasa nak datang lagi hotel ni.

Lepas makan kenyang-kenyang. (Mama  inform makan banyak2, lunch tak de hari ni.. Hehe). 
Mandi kolam pulak. Semua tak bawak baju mandi, sebab minggu lepas tinggal kan kat umah makwan. Amna pegi tanya kat yang jaga kaunter tuala, boleh tak masuk kolam pakai tracksuit. Boleh!! Seronok Amna. 
Seb baik tak strict sangat management hotel nih. Kolam pun cantik.

Dah puas mandi ( tak puas lagi sebenarnya budak2 ni.. Jenuh nak suruh keluar dari kolam ). Masa untuk check-out.

Lepas check-out pegi singgah OU plak. Lama tak gi OU, sampai ONE card invalid ( agak je sbb duit ada lagi dlm card tu )
Tengok wayang citer kartun - The Book Of Life. 
Best jugak, kisah cinta dari kecik sampai mati boleh hidup balik. Hehehhe

Masa dinner, mama buat yakiniku dari daging korban. Mama tak pandai buat la, liat!. Huhuhu

























Friday, August 16, 2013

The Smurfs 2 & the Delicious

Sempena cuti raya yang masih berbaki sehari dan amyras pun cuti sekolah, bawa amyras tengok movie kartun as per requested by Aisya. Movie kartun yang ada hari ni The Smurfs 2 je... Layannnnn

Lepas movie cari makan plak. Tanya amyras nak makan kat mana. Cari2 kat map.. Aisya tunjuk Papa Rich.. Papa kata asik Papa Rich jeee.. Amna ajak makan sushi.. pun kena reject. Mama pun dengan laju nye tunjuk The Delicious ... Hehehhe

Last masuk The Delicious ni lepas pantang dengan Along Effa. Itu pun makan desserts jer.. Teringat red velvet cupcake nya yang sedap tu!

Tapi The Delicious OU dah lain decorationnya.. Dah takde bantal-bantal warna biru hijau yang cantik tu.. Kerusi rotan pun dah tak de..Nampak agak gelap. Tapi yang bestnya buku menunya dah ada gambar. Sebelum ni takde gambar jenuh nak imagine rupa makanannya.. Heheh

Papa ralit tengok hp, Mama panggil suh posing sekali pun buat tak layan jer :(

Buku Menu. Red Velvet cup cake takde :(

Happy kakak Aisya dapat makan kat The Delicious.

Menyelerakan tak? Huhuhu

Ini Aimy punya. Perrghhh.. Meleleh coklat dia. Tapi Aimy rasa sikit dah tak nak. Mama & Papa tukang abis kan. Air coklatnya pun tumpah & pecah ke lantai...nasib baik tak kena charge.. Hmmm.....

Chocolate Sundae order by Amna.

Cheese cake order by Aisya. Tak abis pun sebab tak sedap. Lain macam sikit rasa cheese cake nya.

Amna paling pandai posing masa makan. Heheh

Aimy tumpang sekaki makan spaghety bolognese Amna.

Amna & Aimy yang selalu bergaduh :)

Papa kalau makan memang tak pandang kiri kanan dah. Tengok-tengok dah abissss...



Thank you Papa for the best treat today. Muahh! Muahh! Muahh!! ♡










Saturday, April 13, 2013

Toast Box One Utama ~ cute cafe

Dah lama usha Toast Box ni tapi tak pernah berkesempatan nak try. Hari ni ada chance dating tgk wayang dengan Papa kat OU.
Movie G.I Joe start pukul 2.20pm jadi ada masa nak pegi makan. Sebab pagi tadi dah makan nasi lemak, so lunch nak makan light-light jer. Tingkat bawah GSC ada Toast Box ni, Mama suggest makan kat situ. Papa kata OK.

Konsep kedai ni simple je dengan kerusi & meja yang comel & kaler putih. Menunya menu kopitiam, Mama dan Papa order kopi, thick wholemeal roti bakar with peanut butter & satu lagi with butter & kaya. Papa juga order karipap. Tapi Karipap IKEA lagi sedap lah... Huhuhu

Kenyang gila makan thick wholemeal nih.. Len kali kalau nak makan light-light bleh lepak sini lagi.

G.I Joe memang best! Pelakon mantop2. Tapi hero Mama mati la plakkk..tapi overall citer memang best.

Lepas habis movie pegi beli baby car seat untuk 'Ali. Beli brand Sweet Cherry jer... Tak sanggup rasanya nak beli harga ribu-ribu nih. Huhuhu









Sunday, July 01, 2012

BRAVE @ GSC, SETIA CITY MALL

First time jejak kaki ke shopping complex baru bukak kat Klang ni. Mak ooiii besar dan ramainya oraanngg!! Ada 7 tingkat, GSC atas sekali. Sempat pegi Butik kawan kak Umi - D'RIAS. Terbeli baju kurung budak2. Hehe..

Tujuan sebenarnya nak tengok wayang citer kartun BRAVE. Kisah, puteri raja berambut merah awan nano yang brutal. Rasanya 1st time bawak 'Ali tengok wayang, mula-mula terpaku mata dia tgk skrin. Tengah2 citer dah setat merengek, nak tido rupanya. Tengah sedap tido terjaga sebab bunyi bising sebab scene lawan2.

Amna & Dania plak over gelak, orang lain dah habis gelak depa tak habis2 lagi. Aimy selagi ada Papa OK, no problem. Hehehe. Zara yang bagus, senyap je tengok dari mula sampai habis.

Sebelum tgk movie, alas perut kat the Dining Place. Mama order pasta carbonara. Biasa jer, guna mushroom dalam tin. Tapi hazelnut coffeenya sedap!

Next time leh pegi lagi jalan2 kat Setia City Mall ni :).

Saturday, October 29, 2011

AmbryNaa's 9th Anniversary ~ REAL STEEL & Tutti Frutti

Movie Time!!
Kalau DATING mesti la tgk movie kan? :)
Macam biasa pegi GSC One Utama.
Nak tengok citer apa ek?  Hmmm...tak survey pun sekarang movie apa yang best. Mula2 nak tengok Johny English Rebond..tapi waktu tayangan lambat lagi. Paling hampir citer REAL STEEL, citer ape la Real Steel ni. Tak pernah la plak tgk gezetnya..Tapi itu jer citer yang yang dah start. So, beli tiket...harganya RM11 sebab 2D. Apa 2D ni? Kaunter boy tu kata, macam HD la...OoOoOOooo..
Duduk2 jer citer start, penuh jugak seat dalam panggung nih...best kut citer nih.

 
 Minit pertama tengok dah rasa BEST! memang TERPAKU tengok dari mula sampai abis. Memang best gila lah! Tak nyesal tengok. Berbaloi2!
Hero hensem(HUGH JACKMAN), bdak kecik tuh pun comel(Dakota Goyo)!:)

 ATOM the hero :)

 Cerita agak ganas, tapi ada sentuhan kekeluargaan.

 Sangat kreatif ...cam mana la diorang leh reka citer macam nih.

 Ending pun best! :) Puas hati sangat.

***

Pernah makan Tutti Frutti?
Tak pernah...So, hari nih 1st time nak try Tutti Frutti Frozen Yogurt ni.

 Kedai Tutti Frutti kat One Utama ni pun baru jer ada. Kecik, simple tapi menarik kedainya.
TF ni konsepnya SELF SERVICE. Semua kena amik sendiri, dari cup, Frozen Yogurt dan segala aksesorinya dari sos, buah-buahan, segala mala jenis taburan dan macam2 lagi lah!

Cup pelbagai size mengikut warna, pilih la nak besar mana. Lepas tuh amik sendiri frozen yogurt atau shortformnya FROYO mengikut cita rasa masing2..nak 1 jenis..nak semua jenis dalam 1 cup pun boleh. Lepas tu letak la segala-mala aksesori..lepas tu TIMBANG. Makin berat isinya, makin mahal la yer.
Mama amik cup paling kecik, amik 2 jenis FROYO (coklat & original), buah sikit..total RM12.00 lebih kurang..Mahal jugak...huhuhu 

 Ini dia FROYO Mama. Kalau budak2 memang suka la benda2 yang boleh amik sendiri nih...standby jer la duitnya..hehhe

 Mama happy dapat makan Tutti Frutti!!

 Papa tak suka sangat, Papa lagi suka Baskin Robbin.

Mula2 rasa cam banyak dan susah nak abiskan...TIBA2 eh? DAH HABIS?? hehhehe..

Lepas makan Tutti Frutti, shopping jap kat Jusco. Beli hadiah sempena Anniversary kat Poh Kong. Mula2 ingat nak tambah nilai kat rantai gelang yang beli dari mas kawin. tapi x der patern yang berkenan untuk tambah nilai mengikut budget. Last2 beli 1 lagi rantai gelang...hmmm rasa tak best plak pakai sampai 2 rantai gelang nih...So, pakai yang baru jer..Yang lama simpan dulu :)

Kemudian balik, amik Amyras kat Taska.
Tak habis lagi aktiviti Anniversary hari ni ;)
Tungguuuuuu....
Jumpa di next entry!!

Saturday, April 02, 2011

Cinema Platinum Class - Mama & Papa jakun!!


muka jakun papa :p


gaya vogue (konon!)



Pernah masuk Cinema Platinum Class? Hari ni Mama & Papa dating nak tengok wayang..yeayy!! :)

Pegi Cathay Cineleisure kat Kota Damansara, tengok2 list movie yang paling menarik minat - Just Go With It lakonan Jennifer Aniston & Adam Sandler.

Papa & Mama memang suka tengok wayang citer Romantik Komedi ni.


Bila nak bayar tiket, harga RM50!! Hah? kenapa mahei bebenor?

Bila tengok mama & papa terkejut, adik kaunter tu cakap..'ini tiket Platinum Class, biasa harga rm45. Hari ni Rm25'..OoOoO..patut la mahal...sebab itu jer movie yang mama & papa nak tengok..belasah jer la..papa belanje :)


Mula2 masuk Platinum Class gila jakun..ahhaha..kerusi besar & empuk...boleh baring! Boleh order makanan dari dalam, picit jer button nanti waitress datang. Boleh sewa blanket & bantal(rm5.00). Pergghhhhh!! memang best gila!! Excited betul duk main2 kerusi yang boleh gerak2 tu..hahhahah


Cerita Just Go With It pun best! cerita romantik komedi dengan happy ending.


Release Date: 31 March 2011

Language: EnglishSubtitle: English / Chinese

Genre: Comedy

Running Time: 1 Hour 59 Minutes

Director: Dennis Dugan

Cast: Adam Sandler, Jennifer Aniston

Synopsis: In Just Go With It, a plastic surgeon, romancing a much younger schoolteacher, enlists his loyal assistant to pretend to be his soon to be ex-wife, in order to cover up a careless lie. When more lies backfire, the assistant's kids become involved, and everyone heads off for a weekend in Hawaii that will change all their lives.

(Source: Sony Pictures Releasing International)


Papa kata sebulan sekali nak tengok wayang kat Platinum Class ni...waaaa! bestnya!!

Daisypath Anniversary tickers