Travel

Tuesday, November 15, 2011

Universal Studio Singapore Trip 3D2N : Day 2 ~ Part 4 Papaaaaa!!! Tolonggggg!!!

Papaaa!!!
Tolong !! Frankenstein tangkap Amna!!


Tolongggggg!!! Mama pun kena tangkap dengan Frankenstein!!
"Cepehhh!!cepehh!!cepehhh!!" Terdengar orang berlari dari belakang....
Papa datang untuk menyelamat!!

 Arrgghhkkk!! Papa pun kena tangkap jugakk!!

 Sekian, drama sebabak di USS :)

Selepas berdrama dengan Frankenstein, Mama & Papa gi solat gilir2.
 Ada surau kat dalam Annual Pass Lobby. Dalam Annual Pass Lobby ni ada Baby Centre, Lost & Found dan Surau. Tapi dalam map takde mentioned surau tau! Masuk jer dalam Annual Pass Lobby ni dan akan nampak pintu sebelah Lost & Found. Situ la surau. Dalam tu ada disediakan sejadah & telekung. Nak amik air semayang kena gi toilet seberang sana.

Mama ada baca forum, sebelum nih USS tak sediakan pun surau, tapi diorg e-mail kepada management USS minta sediakan surau. Alhamdulillah, sekarang dah ada. Cuma agak tak strategik la bilik tu, sebab kiblatnya mengadap pintu masuk- keluar :). Pemisah antara lelaki dan perempuan pun takde. Tapi syukur la dari takde langsung kan?

Baby Centrenya ada facilities untuk tukar lampin & bilik untuk breast feed. Ada air panas & sejuk untuk buat susu. Ada tv & toys untuk bdak2 lepak2. Masa Mama masuk, takde sapa pun kat sini.

Sebelah Guest Service ada Annual Pass Lobby
 Lepas selesai solat dan tukar lampin Aimy, gerak semula tuk next attraction - Donkey LIVE.

Antara gerai2 yang ada kat Madagascar

Shrek Castle di Far Far Away
 Donkey LIVE dalam zone Far Far Away, dapat tengok donkey menyanyi :). Mama heran jugak, donkey Live ni dalam bentuk movie, tapi macam mana dia leh berinteraksi dengan penonton.

Depan studio Donkey Live ni ada restoran halal, Goldilocks. Kat sini ada jual nasi goreng, kalau sesapa yang mesti makan nasi tu, sini la satu2nya restoran halal yang jual nasi.

Depan studio Donkey Live & area luar restoran Goldilocks
Selepas tu, masuk zone LOST WORLD. Kat dalam ni attractionnya memang Mama tak leh naik la...ala2 roller coster kaki tergantung tu...kalau tak peknen memang Mama tarik Amna naik..huhuhu
Sementara tunggu show WaterWorld pukul 4.00 petang, jalan2 & amik gambar jer sekitar Lost World ni.
Ada air pancut, selamber jer bdak2 min air kat situ
 Start pukul 4.00 petang, masuk WaterWorld. Rasanya, show WaterWorld nih yang paling ramai boleh masuk. Kalau tak nak basah jangan duduk depan-depan. Sebab diorang memang akan sembur air kat penonton. 2 kali tgk kat USJ, kali nih tengok kat USS. Memang tak mendukacitakan.

show yang dinanti-nanti - WaterWorld
Selepas tu masuk zone ANCIENT EGYPT.
Kat sini paling best adalah Revenge of the Mummy, tapi Mama tak leh masuk gak..Papa dah tak larat sebab terpaksa dukung Aimy yang tengah tidor. Nak letak kat dalam stroller Aimy tak nak..jadinya yang naik stroller Aisya & Amna.

Lalu jer kat Ancient Egypt ni..
 Lepas tu lalu zone Sci-Fi City, kat sini ada rollercoaster paling ganas dalam USS - Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON. Tapi tak naik la..tengok jer...huhuhu
Amna ajak naik Accelerator, macam cawan berpusing2 tu..semua naik kecuali Aisya. Penakut sungguh!


Muka pucat Papa...heheheh
Masa ni dalam pukul 5.00 petang, memang penat sangat dah rasanya, nak lepak minum ais jer rasa tekak ni.
Next entry Mama update pasal minum petang plak :)

See ya!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers