Travel

Wednesday, May 20, 2015

Boat Noodle & U-Bowl at D'Pulze Cyberjaya

Hari ni kita main bowling di U-Bowl. Tempat baru, kasut baru, bola baru tapi tak menjamin strike hokeh! Hahahahha

Bowling kali ni lebih kepada mengajar Aisya dan Amna membaling. Aisya boleh tahan skill nya. Ada gaya nih. Kalau digilap boleh jadi pemain kebangsaan. Eceh! terover imaginasi plak.

Amna pulak memang kena lebih latihan lagi. Bola asyik masuk longkang & stop kat tengah2. Kikikiki

Mama ngan Papa dulu hebat main bowling nih. Antara aktiviti utama masa study kat Jepun dulu. Tapi itu semua tinggal kenangan. Yang ada sekarang sakit lenguh-lenguh tangan lepas main. Hehehhe


Lepas main bowling, masa untuk makaannnnn. Yeayyyy!!
Hari ni makan Boat Noodle. Lama dah teringin makan kat Boat Noodle ni. 1st time nampak kat instragram Hanis Zalikha ( ye.. Mama memang suka skodeng instagram retis ). Lepas tu ada freind fb yang tunjuk mangkuk-mangkuk Boat Noodle dalam FB. Huh!! Bertambah-tambah level teringin tu tauuu.

Okeh, ini menu dia. Sekeping kad keras sebesar alas pinggan makan. Ada depan belakang. Yang bestnya ada "Order Guide For Newbie". Saya Newbie!! So Mama follow as per guideline. 4 mangkuk untuk Mama & Papa. 2 mangkuk each untuk Aisya & Amna. 1 manguk each untuk Aimy & Ali. 1 mangkuk RM1.90. Nampak cam murah kan. Tapi cuba kira. 4 mangkuk = RM7.60.

Bila sampai mangkuk-mangkuk tu. Alamak!! Samaaaa je, yang mana satu ayam, yang mana satu daging. Eh! Daging & ayam boleh beza. Yg tak leh beza ayam ada 2 jenis menu. 
Tak kisah lah. Makan jer.
Hmmm.. Supnya rasa masam-masam pedas. Semua rasa seakan-akan sama. Makan 4 mangkuk tu pun dah rasa kenyang. Aisya 1 mangkuk dah cukup. Errrkkk. Ke sebab pedas? Aimy & Ali pun tak leh abis 1 mangkuk. 
Maka, Mama yang tukang perabih kan.


Ada lagi satu menu, kueh apatah kaler putih. Nampak macam tepung pelita je. Tapi dah habis pulak. Macam hint surih datang lagi je. Hehehe

Mama nak datang lagi. Tapi bila tanya Papa. "Tak nak".
Alaaaaaa........

Tarikh kejadian : 19 April 2015
Happy 38th Birthday to me.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers