Travel

Sunday, May 05, 2013

Pilihanraya Umum 13 ~ pertama kali mengundi

5.5.2013 - Ahad
Pertama kali Mama mengundi di Bukit Beruntung, sebelum ni mengundi kat felda. Papa kali ke dua mengundi kat sini.
Mama & Papa sampai seawal 8.00pagi di SRA Taman Bunga Raya. Sekolah agama Aisya & Amna. Dah ramai beratur di luar sekolah agama. Ada khemah untuk Semakan Daftar Pemilih. Kat sebelah sekolah agama ni ada sekolah kebangsaan, pun jadi tempat mengundi. Ada yang tersilap beratur di sekolah agama. Alahai kesiannya.. Penat beratur.

Lepas buat semakan, akan dapat nombor untuk saluran mana. Dalam semakan secara online pun dah ada saluran mana. Semakan manual ni nak pastikan nama ada tak dalam list tu. Mama & Papa di saluran no 4. Saluran ni ikut tahun...yang berumur 30-an semua kat saluran 4. Saluran 5 tak berapa ramai yang beratur, nampak sangat orang-orang muda 20-an ni tak berminat nak mengundi. Hehehe

Bila dah sampai giliran, serahkan mykad & kertas no. saluran. Kerani Undi akan sebut nama kuat-kuat ( bleh hilang suara pagi sampai petang sebut nama orang ni ) kemudian amik semula mykad, kerani undi sebelahnya mencalitkan dakwat kekal di jari telunjuk tangan kiri. Dakwat kekal ni pertama kali dibuat supaya tidak berlaku sorang pengundi mengundi berkali-kali atau pun lebih glamer 'pengundi hantu'. Kerani undi sebelah lagi bagi kertas undi. Dah dapat kertas undi terus pergi ke kotak undi. Selesai memangkah, lipat kertas undi semula dan masukkan dalam kotak yang berkenaan. Selesai sudah tanggungjawab Mama & Papa untuk negara hari ini. Tunggu malam nanti apa keputusannya.

On d way balik, singgah kedai beli nasi lemak untuk anak-anak. Aisya dipertanggungjawab menjaga adik-adik semasa Mama & Papa mengundi. Alhamdulillah, sejam setengah Mama & Papa keluar mengundi, Aisya menjaga adik-adik dengan baik. Terima kasih Aisya.















2 comments:

  1. mmg penat jadi kerani tu... first time jadi kerani ngundi this year.. hilang suara, lenguh tangan, dakwat tu melekat dua-dua tangan... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jadi kerani undi ke? Ade pengundi hantu tak? Eheheh

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers