Travel

Friday, May 03, 2013

Penjenamaan AMBRYNAA shawl

Tak tau la seswai ke tak tajuk 'Penjenamaan' tu... Seswai kut kan?
Lepas register nama syarikat - AMBRYNAA ENTERPRISE, antara idea-idea yang keluar untuk memperkenal dan mempromosi ( bukan sama ke? Heheh ) adalah dengan buat label tudung & beg.

Survey punya survey, jumpa lah

https://www.facebook.com/notes/label-baju-personalized-fridge-magnet-malaysia/cara-membuat-tempahan-label-untuk-bajutudung-etc/370340606351120

Disebabkan feedback yang cepat berbanding dari satu lagi online label, harga pun dalam budget.. Maka order kat sini. Mula-mula pilih material. Sebab dikatakan kebanyakan label guna DAMASK maka order lah material DAMASK ni. Bila dah dapat memang cantik la jahitannya. Tapi jahitan belakangnya agak tak disangka.. Dan kainnya agak tebal. Bila dah dapat baru check beza dengan label lain. Ada label yang lebih nipis, lebih lembut dan jahitan cantik depan dan belakang! Tak tau la jenis apa tu... Hmmmm.. Next order, kena survey lagi lah nampaknya. Sekarang kena habiskan 1000pcs label tu :)

Disebabkan tak sabar tunggu label siap, AMBRYNAA shawl batch 1 terpaksa dipublish dulu. Batch-batch yang seterusnya baru ada label ni. Nak jahit label ni pun masalah jugak.. Mula-mula macam ni.. Tak ok.. Macam tu.. Tak OK.. Kali ke 3 trial baru dapat style yang kemas, cantik & memuaskan hati Mama. Label pun nak kena cantik tau.. Walaupun bendanya kat 'dalam'.

Selain dari promosi di blog & facebook. Mama dah booking booth di e@curve pada 15 June 2013. Nombor booth pun no 15. Bila buka booth, kena ada beg.. baru 'butik' :). Mama nak buat konsep booth butik. Walaupun jual di booth, layanan, presentation macam dari/dalam butik. Nak buka butik terus takde modal lagi....

Maka, terhasil lah non-woven bag yang comel ni :). Budget ciput, maka kena buat sesimple yang boleh. Setelah survey-survey, Tunjangmas Resources menepati budget Mama dan dekat dengan rumah :)

https://m.facebook.com/profile.php?nearby=1&id=286026378079564&__user=100000408833190&filter=0&v=timeline

Alhamdulillah, hasilnya amat memuaskan hati. Diharapkan dengan ada nya non-woven bag ini. Blog & jenama AMBRYNAA shawl terpromosi dengan sendirinya bila kawan-kawan dan customer-customer yang disayangi membawa beg ini. In Shaa Allah..



4 comments:

  1. Good job akak! Nanti nak jln2 ecurve la

    ReplyDelete
  2. Ciknoora boh dlm diari 15jun tu sbb nak oensuru punye pasal. Harap2 boleh ke sana nnti. InsyaAllah. Ganbare zali!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget