Travel

Sunday, February 17, 2013

Laura Daddy's ~ kedai kek sedap di Denai Alam

Baru-baru ni, Untie Rusma whatsapp gambar rainbow cake. Mama yang dah lama teringin (teringin yer .. Bukan mengidam tau) nak makan rainbow cake yang sedap terus la plan nak beli kat situ. Sebelum ni pernah makan rainbow cake tapi pahit! Sob..sob..

On the way nak balik Klang, singgah la di Denai Alam. Dari hiway guthrie tu, round about pertama & kedua masuk kiri (pukul 9), jalan terus keep right, teruss sampai area kedai blah kiri. Kat situ pusing sampai ke belakang. Kedai Laura Daddy's berwarna pink.

Aisya & Aimy tido, jadi Mama & Amna je yang masuk kedai. Masuk kedai kena bukak kasut yer.

Mula-mula sekali nampak rainbow cake in the jar. Tapi bukan bake in the jar la... Deco dalam jar jer. Harga rm12. Rasa cam mahal plak. Huhuhu.. Jadi Mama pilih 'Push Up Rainbow Cake' . Makan macam aiskrem. Selain dari tu Mama beli Mini Pavlova, cupcakes (4 jenis) & Lemon Cheese Cake & Durian Crepe. Harga dari RM7~RM8.
Lebih kurang harga Secret Recepi.

Kedai kecik jer, tapi decoration cantik. Ada display 3 kek yang sangat cantik. Ada display gambar owner dalam rancangan Masterchef Malaysia. Chef Ery namanya.

Dalam kereta Amna habiskan Push Up Rainbow Cake. Kek warna warni yang diselang-selikan dengan buttercream. Sedap! Tak pahit! Cepat jer Amna habiskan. Kalau selang-seli dengan cheese cream mesti lagi sedap.

Kat rumah Mak Wan, Mama makan Lemon Cheese cake dengan 'Ali. Laju jer 'Ali makan! Rasanya ini first time 'Ali makan cheese cake. Boleh jadi geng Mama & Papa la :). Cupcakes Aisya, Amna & Aimy yang habiskan. Aimy makan creamnya ajer. Durian Crepe Mama masukkan dalam peti ais dulu. Orang kata makan sejuk-sejuk lagi sedap. Memang betullah! Memang sedap! Ada 4 ketul jer dalam 1 pack tu (RM10). Mama dapat makan setengah jer, 1 setengah Aimy makan, 2 ketul Amna makan. Kena beli lagi nih!



























6 comments:

  1. uwaaa.. .oishisooOooOooOO..!!!! tabetaiiiIiiiiiii...!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watashi mo tabetaiiiiiii... Teringat2 durian crepe.

      Delete
  2. Assalamualaikum.. wah cantiknya kedai ni.. awesome lah.. sangat menarik.. sy Zul.. (21 thn) Sy minat sngt ttg kulinari /bakery ni.. bercita2 utk buka perniagaan bakeri.. sekarang baru nk start saving utk kumpul modal perniagaan.. maybe.. In Shaa Allah lg 10 tahun.. bila ada rezeki dapatlh buka bakeri macam ni.. cantik sangat.. juga ingin mencari rakan seperniagaan / share partner utk buka bakeri bersama.. :-) #my.dreams .. btw terima kasih kpd owner blog ni krn sudi berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. wah cantiknya kedai ni.. awesome lah.. sangat menarik.. sy Zul.. (21 thn) Sy minat sngt ttg kulinari /bakery ni.. bercita2 utk buka perniagaan bakeri.. sekarang baru nk start saving utk kumpul modal perniagaan.. maybe.. In Shaa Allah lg 10 tahun.. bila ada rezeki dapatlh buka bakeri macam ni.. cantik sangat.. juga ingin mencari rakan seperniagaan / share partner utk buka bakeri bersama.. :-) #my.dreams .. btw terima kasih kpd owner blog ni krn sudi berkongsi pengalaman..

    ReplyDelete
  4. Sy nak order birthday cake utk anak. Boleh contact sy 0176607347 tq

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kedai ni ada jual pavlova tak?

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget