Mesti ramai yang dapat daging korban sempena sambutan Hari Raya Haji kan.
Hari ni Mama & Papa balik kampung ziarah Untie Anie di atas pemergian suami tercinta. Al-fatihah untuk arwah Uncle Sham. Semoga Untie Anie tabah menghadapi ujian Allah ini.
Selepas menziarah Untie Anie, Mama & Papa singgah umah Atuk. Atuk bagi daging korban. Mama dah terbayang nak buat Sukiyaki dah.... Sampai kat BB..
Beli barang-barang untuk Sukiyaki:
Kobis panjang/cina
Shitake
Daun bawang(sepatutnya batang bawang.. Tapi kat GU mana nak ade)
Suun
Telur
Dalam resepi ada tauhu.. Tapi Mama tak suka sangat tauhu.. So tak beli :).
Cara buatnya senang jer:
Potong daging nipis-nipis. Potong kubis panjang, daun bawang ikut size yg disukai. Shitake buat bentuk 'bunga' je kat 'payung'nya tu. Rendam suun. Bila semua dah siap. Standby barang atas meja.
Bila nak makan, panaskan periuk (kalau ada nabe jepun lagi best! Tapi Mama guna periuk biasa jer). Masukkan daging, Mama x de letak minyak pun. Bila daging dah masak, masukkan soy souce, air dan gula. Kuatkan api sikit, masukkan bahan2 lain plak. Bila dah menggelagak, kira dah masak la tu.
Bolehlah dimakan celup2 dengan telur mentah. Sluuurrpppp!!
Amna request esok pun buat sukiyaki lagi. Huhuhu
terBAEK Zaliee!!! aku kalo makan Sukiyaki ni bleh habis 2 biji telurrrr mentah!
ReplyDeletetapi tgh pregnant ni suspen lak nak makan telur mentahh.. ohokkk!!