Travel

Monday, September 17, 2012

AQIQAH AMBRY NASR 'ALI / RUMAH TERBUKA AIDILFIRI

Alhamdulillah... Berakhir majlis Aqiqah Ambry Nasr 'Ali merangkap rumah terbuka Aidilfitri di rumah Makwan.

"Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam."

"Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila ia telah berkemampuan, maka bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya"

Sumber: www.ustaznoramin.com

Terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan memeriahkan majlis kali ini.

Pertama kali order kambing golek. Memang TERBAEK!! Memang tak cukup la seekor.... Sekejap jer abis. Rasa dagingnya lembut, sangat serasi dengan black paper sos. Di makan dengan salad. Sepatutnya ada mash potato, tapi bleh plak catering lupa!! Cisss!!!

Terima kasih kepada MakWan, Ucu, Uncle Epyn, Uncle Long, Untie Umie, Mak Pah, Pakwe, Uncle Ayap dan semua yang membantu memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya. Terutamanya Makwan yang bertungkus-lumus memasak. Seminggu pun belum tentu abis penat...

Jika diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, seekor lagi kambing akan di aqiqahkan di Felda Lasah di rumah Atuk Dollah pulak :)

6 comments:

  1. comelnyer 'ali...

    ReplyDelete
  2. lawanyaaa...bunga ros

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti ..Lollipop Flower namanya :)

      Delete
  3. nozie rosli1:04 AM

    Manje nyer 'ali ngan papa dia..suka tgk...
    (lama betui x terjah blog kakina) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Ali lagi manje ngan Akak..hehhe

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers