Travel

Monday, April 18, 2011

Program Susu 1 Malaysia (PSM)

Hari ni Aisya bawa balik surat dari sekolah, memo pasal Program Susu 1 Malaysia dan surat kebenaran dari ibubapa untuk ditandatangani.

Zaman Mama & Papa sekolah rendah dulu ada jugak Program Susu ni.. Tapi namanya Program Susu Sekolah. Dapat susu kotak perasa coklat, happy gila bila dapat susu kotak ni.. Almaklum la free:)
Mama & Papa dulu cikgu bagi bawa balik ( tak ingat dah berapa kotak dapat ) dan terpulang pada murid nak minum kat mana dan berapa kotak sehari.

Tapi, dari memo yang Mama terima ni Aisya tak leh bawa balik. Susu akan diberi 2 kali seminggu dan akan minum pada waktu pagi di sekolah. Bagus juga macam tu, jadi semua murid-murid minum susu dengan kawalan cikgu. ( papa baru je berangan nak rasa susu sekolah Aisya.. Hahahha )

Semoga Aisya menjadi anak yang sihat dan kuat! :)

1 comment:

  1. betul betull! aku ingat lagi gambar kartun cover susu kotak kita dulu dulu tuh.. memang happy sangat bila dapatt

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

Share it