Travel

Thursday, January 07, 2010

Hari Orentasi - SK Taman Bunga Raya (1)




Amyra Nur Aisya dah masuk sekolah darjah 1. Besor dah anak Mama, terasa pulak dah tue..hehhe
Untuk persediaan masuk darjah 1 ni, macam-macam kena beli. Semuanya serba baru.

Pakaian
Baju kurung putih - 5 helai
Kain Biru - 3 helai
Kain Hijau ( sek agama ) - 2 helai
Tudung - 5 helai
Anak tudung - 5 helai
Kasut - 2 pasang
Stokin - 5 pasang
Beg Barbie - 1
TOTAL : RM300++

Yuran Sekolah Kebangsaan
TOTAL : RM57.50
Buku Sekolah Kebangsaan
TOTAL : RM47.10
Yuran Sekolah Agama
TOTAL : RM113.00
Buku Sekolah Agama
TOTAL : RM52.50







Pada hari orentasi ini, guru darjah diperkenalkan kepada ibu bapa.
Ibu bapa diberi sedikit taklimat mengenai yuran dan undang-undang sekolah.
Sementara ibubapa mendengar taklimat, murid-murid dibawa ke kelas oleh guru masing-masing.
Kelas Aisya - 1 Amanah (2)
Selesai taklimat, ibubapa membayar yuran kepada guru kelas di dalam kelas dan menyerahkan buku latihan untuk simpanan guru kelas.
Selepas itu, murid dibenarkan keluar bersama ibubapa dan mengambil buku teks sebelum pulang.
Selepas itu, Mama & Papa bawa Aisya pergi ke Sekolah Agama Taman Bunga Raya ( sebelah bangunan jer..)
Check ada nama Aisya tak. Alhamdulillah ada nama Aisya, kelas 1 Ikhtiar. Terus bayar duit buku.
Nak bayar Yuran sekolah agama kena datang 2@3 Jan 2010.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers