Travel

Thursday, March 20, 2014

Kronologi Atuk Masuk Hospital Ipoh

9 Mac 2014 : Atuk rasa sakit perut, loya nak muntah tapi tak muntah, pening & berak-berak ( tahi warna hitam ). Atuk telan pil "Chikittekaun" ( kalau yg tak kenal pil chikit nih sure orang bandor.. Hehhehe )

10 Mac 2014 : Sakit Atuk berulang lagi. Petang Ahad minta tolong Pkck Aziz hantar pegi Hospital Sungai Siput. Atuk tak bagi Nenek call anak-anak masa nih. Kat Hospital Sungai Siput, doc refer ke Hospital Besar Ipoh sebab peralatan kat SS tak cukup. Dari simptom yang ada Atuk di suspek kena ulser perut. Kena buat "endoskopi"(masukkan camera dalam perut). Dari H Sungai Siput Atuk naik Ambulans ke Hospital Ipoh. Nenek call Pakngah. Dari Sungai Siput Nenek & Pakngah ke Ipoh. 

Dari tengah malam sampai ke pagi, Atuk kat dalam wad kecemasan. Nenek & Pakngah tak tido menunggu Atuk.

11 Mac 2014 : Atuk di masukkan ke wad 2A. Wad yang macam dorm tu.. Penuh katil, nurse ramai, doc pun ramai. Bersilih ganti. Mama & Papa sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Keadaan Atuk memang nampak lemah. Dengan wayar berselirat. Wayar oksigen, wayar cucuk kat tangan, cucuk kat kaki. Tangan Atuk pun lebam-lebam sebab banyak kena cucuk sebab tangan Atuk susah nak cari urat. Sian Atuk (T T).

Dalam pukul 4 petang, doc dari bahagian  buah pinggang datang check dan bagitau yang darah Atuk kena cuci sebab kandungan "possatium" yang tinggi. Disebabkan darah dari ulser perut jugak banyak keluar, dikhuatiri buah pinggang Atuk tak dapat menampung darah tu. (Itu la yang Mama paham dari apa yang Doc explain. kalau salah minta la yer.. )

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget