Travel

Thursday, March 13, 2014

Kebakaran Hutan di sebelah Apartment Mawar

 Pada petang hari Ahad 9 March 2014, tengah lepak-lepak tengok TV pasal update misteri kehilangan MH370, tiba-tiba Papa kata.. Macam bunyi terbakar je!

Terus tengok luar tingkap. Memang ye, hutan sebelah terbakar. Ya Allah! Selalunya tengok berita je pasal hutan terbakar ni. Memang jauh lagi dari pagar apartment tapi cuak jugak sebab api ni cepat merebak. 

Dalam 15 minit bomba sampai, sebenarnya bomba dah sampai sebelum tu, tapi kawasan yang terbakar jauh dari kawasan apartment, bomba tak buat apa-apa. Dengar penduduk yang tengah standby kat bawah yang komplen " kalau dah terbakar rumah ni baru nak padamkan ke? " 

Tapi Alhamdulillah dengan kedatangan bomba api dapat di kawal. Mama jugak kagum dengan penduduk apartment yang membantu memadamkan api dengan menggunakan hos paip sendiri.
Terima kasih semua! Hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa kalian.

Sejak musim kemarau ni memang banyak kebakaran hutan berlaku. Hari-hari nampak kebakaran di tepi jalan. Hujan dah lebih seminggu tak turun. 

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau turun kan lah hujan ya Allah. 











1 comment:

  1. uikssss pengalaman sungguh ekkk. seb baik tak merebak terus. mmg banyak betul kes hutan terbakar sekarang ni... dugaannn huhuh

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget