Travel

Saturday, November 09, 2013

Cheese Kek Meleleh ~ tang mana yang melelehnya??

Mama beli cheese kek ni kat kantin office. Tak tau kek apa, ingatkan tiramisu.. Tapi ada cheese parut atasnya. Upload kat group wassap. Depa kata Cheese Meleleh. Minta resepi kat kawan Mama - Cemon. Thank you Cemon!! Macam senang jew.. Macam boleh buat jew..
Ini dia rupa cheese meleleh yang Mama beli kat kantin.

Amna & Aisya nak sangat tolong Mama. Ok.. Jom buat!!

Bahan-bahan:
Biskut marie ( beberapa keping )
Cream cheese ( seketul )
Whipping Cream ( 1 kotak 250ml )
Susu pekat ( suku tin )
Air nescafe

Mula-mula mixer kan cream cheese sampai kembang.

Dah kembang masukkan whipping cream dan susu pekat. Mixer kan lagi sampai sebati ( kalau ikut resepi Cemon - whipping cream tu kena pukul asing. Tapi Mama malas.. Campur jer terus.. Heheheh ) 
Bila dah sebati boleh rasa, kalau nak manis lagi boleh masukkan susu pekat lagi.

Masa untuk melayer. Mula-mula susun biskut marie (celup dalam air nescafe) - adunan cheese - biskut marie - adunan cheese .. Ulang sampai penuh bekas lah. Sesuai letak dalam bekas dadih yang pendek tu.

Atas sekali boleh la hiaskan dengan serbuk biskut marie. Simpan dalam peti ais. Dah sejuk boleh makan. Nyummm..nyummmm.. Memang sedap!!
Tapi tak meleleh puuuuunnn..hehhee
Lagi satu, biskut marie tu celup dalam nescafe kan? Tak rasa pun nescafenya.. Kena buat pekat lagi kut.
Ali tolong 'cuci' spatula. Errr... Senduk nasi plastik yang dijadikan spatula.. Hehhehe

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget