Travel

Sunday, October 13, 2013

10th Anniversary ♡ Palm & Fountain Terrace Hotel Tokyo

Perjalanan diteruskan ke Tokyo. Sampai di Tokyo jalan jem, target sampai dalam pukul 4-5 petang gitu.. Tapi pukul 8 lebih baru sampai.. Dah gelap, badan pun penat. Tak jadi pegi Disneysea. Lepak-lepak je kat hotel.

Mama booking hotel Palm & Fountain Terrace ni pada 27th June 2012. 3 bulan awal dari tarikh pegi Jepun. Sebab booking awal, dapat harga  yang reasonable.. 19000Yen untuk "Enjoy Five Room". Maknanya boleh masuk 5 orang la bilik ni. Ada 2 katil single, 1 day bed & katil double decker. Harga tak termasuk breakfast okeh!! Harga breakfastnya boleh makan 1 hari.. Hahah.. So, tak payah la yer.

Hotel ni dekat dengan Tokyo Disneyland, ada perkhidmatan shuttle pegi balik Disneyland & Disneysea. Ada kedai souviner Disney Resort jugak di sini. Ticket pun boleh beli di kaunter hotel.

Boleh cekidaut detailnya di sini:
http://www.palmandfountainterracehotel.com/english/about/index.html
Muka depan website hotel.
Sampai dah malam, so tak nampak dah pemandangan hotel.

Ini dia bilik nya, Aimy excited tengok katil double decker tu.

Ini gambar dalam website. Aisya & Amna cop double decker, mak wan kat day bed, mama papa Aimy & Ali kat katil single yang disambung. Sebab ada baby, hotel bagi 'pagar' kat katil.

Toilet macam biasa, jenis automatic.. Sedap je duduk suam-suam waktu musim sejuk ni. Hehehhe.. Bilik air japanese style, ada ofuro.

Sebab malam masih muda... Lepas mandi, lepak-lepak kat lobby.. Tengok apa yang ada. Sekarang ni musim Halloween, jadi decoration hotelnya berkisarkan Halloween lah. Masuk kombini, beli makanan untuk makan malam termasuk sarapan & sempat amik purikura♡
Sambil lepak-lepak tu, ramai guest yang baru balik dari Disneyland yang baru nak check-in dan ada entertaiment belon ( tak tau la nak panggil apa ) untuk kanak-kanak. Happy budak-budak ni dapat puppy belon. :)

Sampai masa untuk check-out. Tak payah beratur kat kaunter. Masukkan ajer kad kunci dalam drop box. Kat luar dah ada Shuttle ke Disneyland, tapi kita naik kereta sewa.
Perjalanan lebih kurang 5 minit dari hotel ke Tokyo Disneyland. Rasa dah awal dah, tapi dapat parking jauh jugak la. System parkingnya sangat lah teratur. Orang jepun nih memang parking ikut turutan. Kagum betul. Takder tinggal berlubang-lubang pun parkingnya.

Cerita dalam Tokyo Disneyland next entry pulak.
*nak habiskan citer 10th Anniversary sebab lagi 6 hari lagi dah masuk 11th Anniversary.. Huhuhu








2 comments:

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers