Travel

Friday, June 07, 2013

Lepak-lepak di Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Hari ni Mama bawak anak-anak Mama pegi Teluk Cempedak. 1st time bawa ke pantai tanpa Papa nih! Hari sebelum tu dah check kat Waze Apps, hmmm tak jauh sangat dari Pekan, dalam 30~45 minit. Papa dah pesan awal-awal jangan mandi laut... Hmmm.. Jadinya memang standby duit beli mainan lah.. Huhuhu

Sampai je kat Teluk Cempedak tu tersalah masuk drive-tru McD.. Ekekke.. Sebab dah 2 hari telan McD x de selera dah la nak makan McD. Tunggu je la kereta depan settlekan urusan pembeliaannya. Nak potong tak boleh sebab drive-trunya muat satu kereta je.

Bila dah parking kat parking berbayar RM2. Terus pegi ke tepi pantai, tapi malangnya terus ditarik ke kedai mainan. Aisya & Amna nak layang-layang. Aimy nak bubble dan bola untuk Ali.

Bila Aisya & Amna sebuk memasang layang-layang masing-masing. Aimy pun nak jugak layang-layang. Minta Aisya pegi belikan, sambil Mama try layang-layang Aisya & Amna. Bestnya main layang-layang tepi laut nih.... Bila nak ajar Aimy main layang-layang dia, nak pegi toilet la pulak. Bawak Aimy pegi toilet, masuk kena bayar 30 sen. Balik dari toilet, nak beli mainan lain pulak. Hadoooiiiiii.....
Bubble dengan layang-layang tak sentuh pun dah nak beli mainan lain. Gggrrrrrrrr!!!

Pujuk pegi minum Chatime dulu. Kut-kut hilang rasa nak beli mainan lain tu... Lama siyut nak menunggu Chatime siapkan 4 air, ke sebab Aimy duk merengek je yang jadi rasa lambat. Huhuhu
Ingat nak lepak kat tingkat atas Chatime tu, tapi tak bukak pulak.. Ade space duduk tapi tak bukak pulak.. Ape daaaa...

Minum tepi pantai jer lah. Rengekan Aimy masih tak berhenti. Amna volunteer nak pegi tengok harga mainan untuk istana pasir ( sebenarnya Amna yang nak mainan ni.. Tu yang sanggup jadi volunteer.. Huhu).. Aimy pun mengekut, balik dari tengok harga Aimy meraung.. Jatuh rupanya. Kakak Aisya pegi main air kat pesisir pantai. Bila Amna pegi panggil Aisya, dia pulak melekat kat situ. Aimy pulak tak berenti melalak sambil jerit nakbeli!!. nak beli!!..hadoiiii..

Maximum 2 jam je dapat bertahan di Teluk Cempedak. Kalau nak layan nafsu si Aimy ni, satu kedai mainan tu nak di borongnya. So, beli 1 lagi mainan (bubble lagi) terus balik.














No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget