Travel

Sunday, November 21, 2010

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010

Hari Raya Aidiladha tahun ni sambut kat umah Mak Wan. Lepas balik dari solat sunat raya, semua makan nasi impit, kuah kacang, masak lodeh & rendang ayam yang mak wan buat. Lepas tu, amyras main beskal kat porch keta & main tulis2 dalam buku yg mak wan kasik.

Malamnya, bertolak ke kampung Atuk plak. Esok paginya nampak 2 ekor lembu tertambat kat pokok belakang umah. Rupa2nya, Persatuan Generasi ke-2 Felda akan buat majlis korban kat dewan sebelah umah atuk. Pak Ngah & Mak Ngah pun ada amik bahagian dalam korban ni.
Abang Aziz tengah duk pujuk lembu tu kut..:p

Aimy & Amna dengan jakunnya duk tengok lembu. Mama & Papa pun jakun jugak..huhuhuhu

Tumbang dah sekor lembu. Yang nih kecik sikit sizenya.

Lembu yang kedua, sizenya besor..sangat menyayat hati dengar suara lembu mengerang. Yang baju jalur2 tu Pak Ngah tengah amik video.

Nak tengok tapi takut..tengok dari jauh jer :)

Lembu pertama sedang dilapah.


Lembu kedua sedang dilapah. Cuba teka apa Uncle Sham (pakai baju purple) tu pegang?


Depan dewan, kerja2 melapah lagi.


Atuk tolong tengok :)

Kerja2 menyiang bawang. Kawan2 arwah Opah ni..

Kena paksa posing...heheh *kena paksa pun comel :)

Daging yang akan diagih2kan untuk disedekahkan.


Aimy tengok Atuk ketuk tulang lembu.

Sisa-sisa yang bakal ditanam.
Waktu tengahari ada makan tengahhari untuk jamu mereka yang membantu menjayakan majlis hari ini. Mama pun join makan, walopun tolong tengok jer..hehhe
Memang lain rasa daging fresh..memang sedap & lembut. Lupa lak nak amik gambo lauk daging lembu masak itam. Malamnya, makan sup tulang lak. Pak Ngah bawak balik 2 ketul gearbox. Sedapnyaaa...alhamdulillah..murah rezeki.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget