Travel

Saturday, December 19, 2009

5C Mini ReUnion - KLCC

Pagi Sabtu 19hb December 09, sedang mama melepak-lepak tengok tv, henponku berbunyi. Lea talipon!

Untie Lea : Hang pi dak reunion 5C?
Mama : Hah??? reunion? tak tau puuunnnnnn...
Untie Lea : Ada reunion la, kat KLCC. Ada mention dalam fb.
Mama : Ye keee...tak prasan pun ada kat fb.
Untie Lea : Mai la..Tora ngan Cik Ida datang. Cik Ida datang dari Johor.
Mama : koi baper?
Untie Lea : 11.30
Mama : OK, aku gi Kota Damansara jap, pastu aku gi sana.
Untie Lea : OK!!

Gitu la lebih kurang conversation Mama dan kawan Mama pasal emergency reunion. hehhe..
Cammana mama tak perasan pasal planning reunion ni. Lepas tuh baru Mama tgk fb dan baru perasan ada topik event pasal reunion nih. Mama terus sms Hanim, Farid, Yanty & Syed. Itu jer nomo 5C yang ada mama simpan. Hanim & Farid x dapat join sebab dah ada plan lain. Yanty jauh kat Penang :(. Syed dapat datang!!

Dalam pukul 12.45tgh Mama sampai kat Food Court Level 2 KLCC. Sampai jer dah ada Lea, Tora dan Cik Ida. Lamanya tak jumpa Tora dan Cik Ida. Last jumpa masa kat MRSM lah!
Cik Ida makin jelita, Tora maintain cute!! Sampai2 jer Mama terus cari makanan, lapar gila. Jarang datang KLCC ni..pusing2 cari makanan yang cepat siap. Jumpa kedai Pizza Milano ada speghaty terus order Seafood Olio. Ramai betul orang kat KLCC nih, memang kena tunggu nak dapat seat.

Syed dan family sampai dalam pukul 1 lebih. Dah 4 orang anak Syed. 1 hero dan 3 heroin. Syed bertambah montel, senang hati betul nampak Syed ni. Bersembang dengan anak Sulongnya- Afrina. Mak ooiii..peramah sungguh. Jauh beza dengan Aisya. Seronok Mama sembang dengan Afrina.

Suasana Food Court yang ramai orang tu memang bising. Jenuh bercakap, sampai rasa ilang suara la..hahhaha..maybe next time kalau wat reunion kena wat tempat yang kurang sikit bisingnya. Anyway, sonok jumpa semua orang. Walaupun yang datang 5 kerat jer tapi sonok!!
Harap2 dapat jumpa yang lain2 plak next time.

Cik Ida, Tora , Mama & Amna

Sonok tengok Syed melayan anak daranya.

Pisss!!!

Syed cakap sampai berpusing2 tangan..hheh

Ini la Afrina yang peramah tuh. Montel sungguh!!

Mama & Cik Ida

Cik Ida dan puteri2nya. Yang sulung twin!!

Mama & Lea

Cik Ida & Tora

Seafood Olio - sedap!









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget