Travel

Sunday, March 13, 2011

Malaysia hantar bantuan ke Jepun

MERCY Malaysia hantar sukarelawan ke Jepun

12/03/2011 11:16am
KUALA LUMPUR 12 Mac - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.
Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus hari ini berkata, sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas MERCY Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.
"Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

*************

Malaysia Hantar Pasukan Smart Ke Jepun, Kata Najib

PEKAN, 12 Mac (Bernama)-- Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasukan berkenaan yang terdiri daripada 15 anggota serta beberapa orang doktor dan pembantu perubatan akan berlepas pada 6 petang ini dengan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun, kerajaan Malaysia akan menghantar Smart Team kita untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus Universiti Malaysia Pahang Pekan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata enam ekor anjing pengesan akan turut dihantar bagi mengesan sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Mengenai keadaan rakyat Malaysia di negara tersebut, Najib berkata kesemua mereka terselamat daripada bencana itu

***********
Sedikit gambar misi bantuan di Jepun.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers