Travel

Sunday, October 18, 2009

Bukit Beruntung - Tanjong Karang - Bukit Merah


Rumah pengantin di tengah sawah

Hari ni nak pegi kenduri kawin kawan Papa. Ada 2 kenduri hari ni, kat Tanjong Karang & Bukit Merah. Bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi, masuk highway Bukit Beruntung keluar kat Bukit Tagar. 1st time masuk Bukit Tagar ni, selama hari ni tak perasan pun ada exit Bukit Tagar. Kat Tol Bukit Tagar kira-kira 10 buah keta kawan2 Papa tengah tunggu. Alamak! rasa warui plak. Perjalanan ke Tanjong Karang ikut Bukit Tagar ni, kiri kanan ladang kelapa sawit. Sampai kat umah pengantin dalam pukul 12.00 thgari. Tanjong Karang memang popular dengan sawah padi, umah pengantin pun memang tengah sawah. Cantik sangat pemandangannya, dengan padi yang menghijau.
Cantik pemandangan yang menghijau.

kalau ada kenduri mesti ada org jual aiskrim
Pengantin - Jaidi

Selesai makan, perjalanan diteruskan. Nak pegi Bukit Merah pulak. Papa tak tau jalan nak pegi PLUS highway sebenarnya ni. Singgah stesen minyak, tanya jalan nak ke highway pun staff kat situ tak tau. Nampak sangat jauhnya PLUS highway dari situ..ehehheh


Sekolah Menengah Agama Simpang Lima

On the way mencari highway, singgah jap kat sekolah lama Papa. Sekolah Menengah Agama Simpang Lima. Papa sekolah form 1 - form 3 kat sini.

Perjalanan diteruskan lagi dan akhirnya, masuk highway kat Tapah. Sampai kat RnR Gunung Semanggol dah pukul 5 ptg. Lewat sangat dah nak pegi umah pengantin :(

Terus pegi Bukit Merah Laketown Resort. Check-in kat Laketown Hotel yang Mama dah booking. Hotel betul2 depan Taman Tema Air, EcoPark & Orang Utan Island.

Lepas check-in, Papa Aisya & Amna mandi kolam. Mama ngan Aimy tengok je kat tepi.


Aksi Amna takut mandi kolam
Malam ingat nak naik night cruise, tapi malangnya night cruise beroperasi Jumaat & Sabtu jer.
Jalan2 kat area pintu masuk Taman Tema Air, ada kartunis lukis gambar. Papa nak buat. Mula2 nak lukis muka Aisya, Amna & Aimy, tapi Amna tak nak plak..duk lari2. Last2 lukis gambar Papa & Mama. Happy 7th Anniversary!!


Amna order baby burger, Aisya order Pizza doraemon. Tapi x der doraemon pun. Name ajer!




1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers