Travel

Saturday, August 01, 2009

Gigi Kekal Aisya

Aisya dah tumbuh gigi kekal kat belakang gigi susunya. Jadi berlapis! lawak jer tengok gigi Aisya. Nak kena bawak gi dentist nih..nanti tumbuh x cantik.
Patut la, Aisya ada tunjuk gigi dia kata sakit. tapi masa tuh x nampak pun lagi ada gigi lain yg nak tumbuh. gigi susunya pun elok lagi.

Hari sabtu, mama nak keluar(walaupun lom abis pantang :)) nak bli jajan untuk besday Aisya 5hb Ogos ni. Alang2 nak keluar, mama ajak papa pegi dentist. sebelum gi dentist, kena makan dulu. kang dah cabut gigi, x leh nak makan plak.
gi mkn kat mcD. 1st time mama tgk Aisya leh habiskan 1 burger mcChicken. selalunya separuh pun payah nak abis.
Amna kongsi burger ngan mama. tapi, bila mama abiskan Amna marah mama..hehehe..Amna sambung mkn burger papa plak.
Lepas makan terus gi Klinik Pergigian Kamilah, Rawang. Mama suka gi sini. doktornya baik & peramah. Mama pernah repair gigi kat sini, mmg lepas repair rasa selesa jer gigi. Seblum ni, pernah repair kat dentist lain, rasa macam ada benda jer kat gigi..mmg x selesa.
Sampai kat klinik ada patient baru abis. So tinggal kitorg jer. Lepas daftar nama, terus Aisya, papa ngan Amna masuk bilik doktor. Mama ngan Aimy tunggu kat luar. Dari luar dengar suara doktor duk tanya Aisya macam2. Lembut jer doktor tuh bercakap. Lebih kurang 10-15minit, Aisya keluar dengan kapas kat mulut. Dah cabut dah..Papa bangga betul ngan Aisya sebab berani cabut gigi. Doktor bagitau gigi geraham kekal pun dah tumbuh, so kena jaga elok2 la gigi.

sebelum & selepas






2 comments:

  1. iskk iskk iskk
    dilema budak2 bergigi cantikk
    tumbuh gigi kekal berlapis la pulak ekkk..
    tapi aisya memang berani! cayalah!

    ReplyDelete
  2. itu ler..berlapis pulak giginya.
    harap2 tumbuh elok la nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers