Travel

Sunday, April 03, 2011

MasterChef Malaysia..jom masuk! :)

Application untuk masuk MasterChef terbuka sekarang! Woww.. Bestnya!!

Mama memang suka sangat tengok MasterChef America yang Whitney menang tu. 3 jurinya memang menghiburkan terutama Chef Ramsey dan Chef yang botak ( x tau nama ).. Cool sangat!!. Junior MasterChef Australia lagi meletops kan? Macam mana bdak umor 9 tahun boleh masak macam tu.. Mama pun kalah.

Mama mmg suka tgk AFC channel, tapi masak tak pandai pun.. Hahahaha!! Cerita pasal pertandingan masak ni, mama ingat lagi masa darjah lima. Pertandingan masak antara unit beruniform. Masa tu mama dalam Pandu Puteri. Cikgu ajar masak ikan masak taucu & sawi goreng. Pertandingan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Tak menang pun, tapi nasi yang kami masak tak mentah macam team Pengakap.. Hehehe.. Terima kasih pada Zaharah yang masak nasi masa tu. Mama memang tak pandai masak nasi guna dapur kayu.. Hehehe

Kali kedua pertandingan masak antara kelas di MRSM. Mama ditugaskan masak Ayam Lemak Cili Api. Mama memang tak pernah masak lauk ni, tapi belasah jer buat2 pandai... Hahaha.. Keputusannya pun tak menang..rasanya pun tak sedap.. Hahaha!! Natsukashi....

Berbalik kepada MasterChef Malaysia.. Borang boleh di download dari www.masterchef.com.my dan e-mail kepada masterchef@astro.com.my

Astro patut buat Junior MasterChef jugak la kan? Tak sabar nak tengok siarannya Oktober nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)

There was an error in this gadget