Travel

Monday, August 20, 2012

TUDUNG ALA 'FAREEDA' DI PASAR MALAM

Kawan-kawan yang berduit sebuk pegi Butik Fareeda. Saya belum sampai 'seru' lagi nak pakai tudung cenggitu.. Masih setia dengan shawl..Tambah pulak dengan harga sampai beratus tu.. Ohokk!!

Last pasar malam dalam bulan Ramadhan di Bukit Sentosa amatlah memeranjatkan. Biasanya ada 3-4 gerai jer yang jual tudung, tapi kali ni dekat 20 gerai!! Dah macam jalan TAR pun ader. Kebanyakkanya jual tudung ala 'Fareeda' yg bertingkat-tingkat tu.

Saya pun beli jugak untuk anak-anak. Tudung ala 'fareeda' untuk kanak-kanak saya tak jumpa. Saya beli jer tudung size dewasa tu..sebab tudungnya jenis pendek.

Harga tudung 3 layer RM45.00, 2 layer RM35.00.

Untuk diri sendiri beli bawal 2 tone je. RM15.00. Tudung anak lagi mahal dari tudung mak. Hehehe..

1 comment:

  1. Salam..tudung ala fareeda kanak2 sy ade stok. Sgt comel.. Kalau nak tgk boleh msj atau whtsApp sy di 0127848109. Atau add sy di fb.

    Danhawa ujang

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers