Travel

Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Mama tak pening lagi...

(Tajuk poyo... Ekekkeke.. Pening la sangat kannn..)

Time balik kerja je mesti pening fikir nak masak ke nak beli.. Kalau decide nak masak, nak masak apa? Kalau nak beli makanan siap, nak beli apa? Banyak sangat persoalan. 

Alhamdulillah, dengan ada nya group wassap geng2 felda/sek menengah, depa bagi idea business untuk kawan Mama - business mangkuk tingkat. Dan customernya adalah Mama. Hehehe..

So, hari bekerja Mama tak pening lagi pikir pasal dinner. Masa pun tak 'down time'. Takde dah nak menyinggah mana-mana kedai on the way balik. Boleh amik anak-anak tepat koi 7, kalau lambat pun sebab melayan kerja-kerja opis. 

Balik rumah, masak nasik je. Lepas tu sempat berjemaah bersama anak-anak & dapat luangkan masa tengok bacaan al-Quran & muqaddam anak-anak.

Buat masa ni itu sudah cukup baik bagi Mama. Selain dapat membantu kawan Mama cari duit poket. Masakan Untie Rozie setakat ini, menepati selera dan kalau ada yang tak best, Mama akan discuss untuk improvement.

Untie Rozie juga pandai buat kueh peneram. Anak-anak Mama memang suka. Kalau berminat untuk langgan mangkuk tingkat (RM6 1 lauk 1 sayur) atau order kueh peneram (RM3- 24pcs) boleh contact Rozie - 019 297 7467
Tapi self-pickup la yer..






Friday, July 06, 2012

KEDAI SHAMSUDIN HALAL FOOD, HO CHI MINH

Makan malam yang ke-dua di Vietnam adalah di Kedai Shamsudin. Pintu masuk kedainya agak tersorok di belakang kawasan parking motor. Kedatangan kami disambut oleh seorang perempuan bertudung. Mungkin orang Islam Kemboja.

Makanan adalah menu masakan malaysia. Ada ikan talapia goreng, sup sayur, ayam masak apa ntah, kangkung goreng, telur goreng dadar dan buah tembikai.

Lepas makan, kembali ke hotel dan mama meneruskan aktiviti shopping di pasar malam bersebelahan pasar Benh Thant. Walaupun waktu malam, cuaca agak panas. Berpeluh-peluh 'Ali dibuatnya. Dalam pada berpeluh dan ke'berak'kan..'Ali boleh tido lena dalam warpping Mama...huhuhu

Dapat la juga Mama tangkap beg kain dengan harga RM10 satu.









Sunday, July 01, 2012

D'NYONYA RESTAURANT, HO CHI MINH

Lepas balik dari Cu Chi Tunnel, lunch di D'Nyonya Restaurant. Lapar gila!! Tak sempat nak snap gambar makanan.. Hahahhaha!!

Menu masakan Malaysia, ada sup sayur, telur dadar ( menu wajib ), ayam goreng tepung... Ada lagi menunya.. Tapi dah tak ingat.

Lepas makan pegi shopping telekung, baju kurung, t-shirt etc. Tapi cukup mase laaa... Huhuhu

Daisypath Anniversary tickers