Travel

Showing posts with label ali. Show all posts
Showing posts with label ali. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Ali dapat hadiah ~ terima kasih cikgu!

Kat taska Ali ada cikgu praktikal dari UPSI ( tak sangka plak kat taska pun ada student praktikal.. Huhuhuhu ) Semalam (jumaat) petang, masa amik Ali dan Amyras dari taska nampak Ali pegang hadiah. Cikgu Sal bagitau Cikgu Praktikal bagi. Depa last esok. Cikgu Sal tanya hantar tak Ali esok, sebab esok depa last. 

Terima kasih kepada Cikgu Anne. Mama dengar Ali manje sangat dengan Cikgu Anne nih. Cikgu Anne dah takde nanti mesti Ali rindu. Minta maaf sangat-sangat sebab tak hantar Ali pagi tadi.

Sampai je rumah, sebuk je Kakak Aimy nak bukak hadiah Ali. Aimy pun ada 'hadiah' juga. Kasut smart reader baru dapat!! Sebulan lebih baru dapat.. Adoyaiii...tapi takpa la. Nasib baik dapat jugak. Semangat Aimy nak gi sekolah!

Aimy jugak tak lupa tunjuk rama-rama yang Aimy buat kat sekolah. Happy sangat! Tengok la gambar.. Kemain excited. Huhuhu

Kenapa Aimy pakai baju kurung? Mama pun tak tau kenapa Aimy suka sangat pakai baju kurung ni. Sebab corak-corak love tu kut. Memang jadi baju basahan Aimy ni. Baju kurung lain takde plak Aimy nak pakai selalu.






Friday, January 24, 2014

'Ali : 22.01.2014 : Happy 2nd Birthday!!

Cepatnya masa berlalu, 2 tahun dah boboiboy mama ni...
Teringat-ingat lagi waktu nak bersalin. Huhuhu.. Papa kata biasanya umur-umur macam ni, biasanya dah manje ngan Papa. Tapi Ali menten ngan Mama (Papa jeles la tewww). Tapi letih jugak kalau semua nak Mama buatkan. Hehehe

Gambar Ali dari dalam pantang. Comeynya!!

Birthday Ali celebrate kat tempat favorite Papa - Grand Lexis... Relax je Ali dalam kolam. 
Dah gigil-gigil bibir biru pun tak mau keluar dari kolam.
'Ali dan makwan.
Tak cukup kolam kecik, nak pegi kolam besar pulak.
Kakak-kakak yang over mandi kolam nih.
Makwan lepak-lepak sambil tengok cucu mandi kolam.
Cheese layer leleh untuk birthday Ali. Hasil "kreatif" Mama & kakak Aisya. Kakak Amna marah sebab buat kek ni masa dia tidur. Hehehe
I am 2 year old! Ali pilih sendiri amik kek ada nombor 2.
Mama & Ucu nak interprem jugak. Heheh
On d way balik singgah Starbuck Drive-tru. Sedapnyaaa mendalah niiii.. Next time singgah lagi yer Papa❤️.





Friday, September 20, 2013

Ali makan sendiri

Ali dah pandai makan sendiri! Mama Impressed. Tapi berterabur la nasi atas lantai. Huhuhu

Wednesday, September 11, 2013

'Ali & Panty Kakak

You make my day..



Sunday, May 26, 2013

Melayan 'Ali di tengah malam

Location : umah makwan
Time : 1 pagi

Melayan anak bujang sorang ni yang tak nak tido2. Bila mata Mama tertutup je, Ali naik atas badan Mama, di hentak2nya sampai Mama bangun. Kalau tak pun ditampar2 muka Mama.

'Ali dah 1 tahun 4 bulan. Dah faham orang cakap. Kalau sebut 'mandi' terus pegi bilik air sambil angkat baju. Cakap bahasa dia la.. "Mama..Papa..Tatak (Kakak).. Naknak"

Hobi memanjat, pantang lepa.. Mesti dah ada atas meja. Kerusi kecik tu kena sorok, kalau tak merata Ali bawak untuk capai barang. Terutamanya nak buka 'paip' air masak. Ada sekali terlepa, habis air masak dibuangnya. Oh my 'Ali :)













Monday, October 01, 2012

Basikal Motor : Mama & Papa Jakun!

Pernah naik Basikal Motor?
Rupa macam motor, tapi sebenarnya basikal...huhuhu
Basikal yang ada enjin berkuasa elektrik yang menggunakan bateri yang boleh di charge.
 
Balik kampung baru-baru ni, Papa nampak sesuatu yang baru kat garaj Atuk..jeng!jeng!jeng!
Mula-mula ingatkan motor, sebab ada plat nombor. Tapi awat plat K? Beli kat Kedah ke? Rupa-rupa nya plat tu, Atuk yang letak...KHA tu..sempena nama Nenek! Hahahhaha..memang kreatif Atuk nih.
Atuk beli untuk nenek, supaya senang nenek nak kemana-mana dalam felda nih. Nenek memang tak pandai bawak motor. Basikal motor ni takde gear, "press" je terus gerak. Kalau bateri abis, ada pedal untuk kayuh.
 
Mama dan Papa pun menerai la basikal motor nih..Switch ON, 'press' je terus jalan. Mama terketor-ketor jugak membawanya. Rasa bergoyang-goyang. Amyras macam biasa..over excited!
Ali boleh usha jer kakak-kakaknya meround dengan basikal motor nenek. huhuhu
 
 
Terjadi jugak incident, Amna mem'press' basikal nih dan berjalan!! Nasib baik dapat diselamatkan. Salah Mama la sebab tak switch OFF enjinnya.
Mama ingatkan dah switch OFF sebab takde bunyi kan..huhuhuhu
Kalau Motor betul tu..mau dah melambung dibuatnya!!
Nasib baik takde apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
 
Atuk nak bawak Amyras meround

Aimy yang baru mandi, rambut pun tak sikat lagi!!

Pak Dollah new family ;p

'Ali muka mengantuk

Amna lari lagi laju kuuutttt...hahhahhah

Turn Papa pulak kena bawak Amyras round

Sunday, September 30, 2012

Pertama Kali Mencukur

Keturunan Ambry Fadzly semuanya berambut lebat. Keluar-keluar memang rambut hitam lebat gitu..Amyras tak pernah bercukur, takde sapa nak cukurkan ..kekkekek
 
Pertama kalinya untuk boboiboy sorang ni, bila rambut dah panjang menutup telinga Mama mula la bising  kat Papa minta cukurkan. Kalau Papa tak nak cukurkan, Mama memang niat nak cukurkan sendiri. Huhuhuhu..
 
Pertama kali dalam hidup Papa mencukur kepala baby. 2 JAM TAU!! hahhaha..Mama pun lenguh tangan memegang. Sampai tertidur 'Ali .. nasib baik tidor..kalau meraung lagi jenuh.
Bila dah cukur, baru la lagi nampak ke'boboi'an Ambry Nasr 'Ali kan?
 
Bangun tidur, muka pun comot!
 

Sampai tertidur 'Ali

Aksi nak lena

2 Budak Botak

'Ali 2 Bulan

Thursday, September 20, 2012

BILA 'ALI DEMAM....

Rasanya ini pertama kali 'Ali demam panas yang teruk. 39.5 Darjah Celcius. 2 kali letak ubat bontot pun tak kebah-kebah. Mula-mula pegi Klinik Aniza, macam tak jalan jer ubatnya.. Pegi Klinik Tan plak. Masa pegi klinik Tan panas dah kurang. Maybe ubat baru nak berkesan. Tapi takut malam kang panas balik. Sebab kekadang virus siang tido malam berjaga. Harap-harap badan Ali tak panas lagi malam ni.

Ali nak masuk 8 bulan, tapi gigi tak tumbuh lagi. Demam nak tumbuh gigi ke? Orang tua kan cakap camtu.. Tapi tengok gusinya takde nampak cam gigi nak tumbuh pun. Menggigit tu selalu.

Kalau nak tido mesti nak menghisap sesuatu. Puting kosong atau puting botol tak nak pulak. Selalu yang jadi mangsa selimut dan tuala kecik. Masa Along jaga kat rumah Makwan, Along bagi jari dia.. Ekekekek

Ali demam ni.. Kemain sememeh(manja terlebih).. Sikit-sikit nangis.. Tak leh langsung Mama nak bergerak.

Nak citer pasal bagi ubat, anak-anak Mama kalau umur bulan-bulan ni memang bersilat kalau nak bagi ubat. Masa mama pegi umah Untie Sikin, mama tgk dia bagi anak dia ubat satu picagari satu ubat. Wahhh!! Sangat bagus! Tak de la lepas satu ubat terkial2 nak sedut ubat lain kan. Dah la ubat budak2 ni 3-4 jenis. Bila satu ubat satu picagari tak la lama downtimenya!
Mungkin orang lain dah lama buat. Mama anak no-4 baru buat. Hahahaha!!

Monday, September 17, 2012

AQIQAH AMBRY NASR 'ALI / RUMAH TERBUKA AIDILFIRI

Alhamdulillah... Berakhir majlis Aqiqah Ambry Nasr 'Ali merangkap rumah terbuka Aidilfitri di rumah Makwan.

"Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam."

"Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila ia telah berkemampuan, maka bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya"

Sumber: www.ustaznoramin.com

Terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan memeriahkan majlis kali ini.

Pertama kali order kambing golek. Memang TERBAEK!! Memang tak cukup la seekor.... Sekejap jer abis. Rasa dagingnya lembut, sangat serasi dengan black paper sos. Di makan dengan salad. Sepatutnya ada mash potato, tapi bleh plak catering lupa!! Cisss!!!

Terima kasih kepada MakWan, Ucu, Uncle Epyn, Uncle Long, Untie Umie, Mak Pah, Pakwe, Uncle Ayap dan semua yang membantu memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya. Terutamanya Makwan yang bertungkus-lumus memasak. Seminggu pun belum tentu abis penat...

Jika diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, seekor lagi kambing akan di aqiqahkan di Felda Lasah di rumah Atuk Dollah pulak :)

Daisypath Anniversary tickers