Raya tahun ni giliran rumah Tok Dollah di Perak. Hari Jumaat dah start cuti, lepas Papa solat jumaat bertolak ke Sungai Siput (U) Perak.
Alhamdulillah jalan tak jem. Cuba sekali terberhenti di area Tapah sebab ada pokok tumbang ekoran dari hujan lebat. Lepas dari tu semua berjalan lancar. Sampai di rumah Tok Dollah, Mak Long dah sampai. Seronok la Amyras sebab sepupu-sepupunya ada.
Hari Sabtu, mama & papa pergi Kuala Kangsar. Nak cari kopiah Ali.. Rasa cam tak lengkap pakai baju melayu tanpa kopiah/songkok. Sampai je kat depan The Store, terus terjah gerai songkok.. Nampak songkok paling kecik, try kat kepala Ali.. Eh! Muat!! Terus beli RM10.00.
Malam raya sekali lagi mama & papa pergi ke Kuala Kangsar. Nak cari lemang jagung, 2 kali pusing jambatan Kuala Kangsar tu. Sampai rumah terus buka lemang jagung, tak sabar nak rasa. Sedap! Tapi jagungnya tak banyak.
Pagi raya macam biasa, mula2 pegi kubur arwah Opah (al-fatihah, semoga roh Opah dicucuri rahmat).
Kemudian, bersalam-salaman dan bagi duit raya kepada anak-anak sedara. Lepas tu sessi bergambar.
Sessi bergambar tak dpt nak panggil Tok Dollah sebab kawan2 Tok dah datang beraya.
Family mak long bertemakan warna krim & biru. Baju didesign dan dijahit oleh Along Effa. Meletop!! Untung ada fesyen designer dalam family. Tahun depan jahitkan utk family maksu pulak yer :)
Family Pak Ngah bertemakan purple dan family Ambrynaa bertemakan Coklat + Hijau.
ina santekknye baju maklong & co...untunglaaaa..ada anak buah designer
ReplyDeleteNor..itu ler.. Cantik sangat.. Glam gitew!!
DeleteNext year wajib baju family aku plak.. Heheh
Yg mner 1 kakina?yg tgh2 tu ker designer?
ReplyDeleteKeke..wajib buat tu..sabor jerla..
Yang tengah tu la..Posing teleng lebih sket tu..ekkekk
Delete