Travel

Wednesday, May 16, 2012

Ambry Nasr 'Ali 3 Bulan

Ali dah berumur 3 bulan. Eh? Baru 3 bulan? Cam dah lama je beranak... Hehehe.. Kalau pegi kedai baju baby, tak sabar nak belikan baju kemeja kotak-kotak.

Baru-baru ni pegi Parkson OU, pantang lalu kat bahagian baby.. Mesti ada yang berkenan. Baju baby pun ada kameja kotak2 rupanya.. Stylo anak aku nih! Baju macam 2 lapis, tapi sebenarnya selapis. Masa jumpa Makwan, berkali-kali Makwan belek baju Ali, tak puas hati. Kekeke

Alhamdulillah, setakat ni Ali tak banyak ragam. Kalau malam-malam menangis minta susu tu standard la kan. Cuma susu Mama cepat kering sebab tak dapat nak pam selalu kat opis :(.

Semoga Ali menjadi anak yang soleh. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers