Travel

Friday, March 23, 2012

Kidzania @ The Curve Damansara

Sempena cuti sekolah, Papa amik cuti 2 hari. Mama memang tengah cuti maternity. Nak bawak Amyras gi mana ek? Dengar dalam tv pasal Kidzania, terus surf..waaa menarik sangat! Tapi tak banyak lagi review pasal kidzania nih..sebab tempat baru kan..Mama pun tak dapat bayangkan lagi keadaan dalam Kidzania tu macam mana. Dalam homepage Kidzania pun tak clear sangat...peta dalam Kidzania pun takde (ke ada tapi Mama tak jumpa? hehhehe)

Hari sebelum pegi, Mama beli tiket online, kemudian akan dapat invoice dan ada bar code. Kena print la plak invoice tu! Esoknya Papa pegi opis, nak print invoice punya pasal..kat umah x der printer daaaa..Untuk hujung minggu dan cuti sekolah, Kidzania dibuka 2 sessi. 10 pagi - 3 petang & 4 petang - 9 malam. Mulanya nak pegi sessi pagi, tapi dah sold out. Petang jer yang available. OK jugak petang kan..x der la kelam kabut keluar awal pagi2..ehheheh.

Sampai kat The Curve pukul 3 petang. Makan dulu kat The Apartment ( tunggu next entry..Chocolate Pudding Soufle dia sedap gilaaa!!)
Dalam pukul 4.30 petang sampai kat online kaunter. Masa tu nampak ramainya beratur nak naik escalator. Tunggu kat kaunter lama juga, sebab kehabisan 'gelang'. Hah?? dah abis..bior betul. Sekali masuk muat 1700 org katanya. Kalau dah abis, maknanya dah terlebih org ke hape? Tapi, beberapa minit lepas tu, dapat jugak 'gelang'. Tak best langsung gelang nih..berat dan besar..kalau budak2 pakai lagi la gabak. Maybe Kidzania bleh buat kecik & ringan sikit.

Bila dah pakai gelang..naik tingkat 4. sebab ada bawak stroller, naik guna lift. sampai tingkat 4, ingkatkan dah sampai pintu masuk..rupanya tak sampai lagi!! Tingkat 5 pintu masuknya. Beratur la nak naik escalator ke tingkat 5. Kat tingkat 5 ada kaunter lagi, ala2 kaunter kat airport. Gelang tadi kena scan dulu. Masa ni sepatutnya staff bagi peta ngan cheque untuk budak2. Tapi dia tak bagi. Kat dalam nampak staff Kidzania bagitau x dapat cheque, pastu dia amikkan. Minta peta pun dia pegi amikkan..sangat bagus layanan staff Kidzania. i looiikeee!!

Bila dapat peta, alamak!! nak gi mana dulu nih? Blank nak pahamkan peta tu...hhhehhe..dengan orang ramainya. Waduhh2!! Mama cari baby room, masa untuk susukan Ali. baby room kat tingkat 2, tapi x der lift kat dalam tu..kena naik tangga!! Tapi staff Kidzania yg sangat baik hati, tolong mama angkat stroller dan bawa mama ke baby room. Baby room pun kids size!! boleh 2 orang jer sekali masuk...huhuhuhu

Gambar2 memang tak memuaskan. Geram betul..x reti betul amik gambar dlm suasana yg kurang terang nih! tensen makkkk!! anyway..layan jer la gambar2 ni..

 
Tunggu gelang kat online kaunter

Staff tolong pakaikan gelang


Aimy tak nak pakai gelang :(

Scan gelang kat check-in kaunter

Beratur kat luar CIMB bank untuk tukar cheque ke cash

Kids only, parents tunggu luar

Amik gambar dari luar

kecik jer banknya..size bdak2 la katakan

dari luar bank

akhirnya sampai di kaunter

Kerja pertama Aisya & Amna


Register


Mewarna jer nih...

Ini la lukisannya

Menunggu utk job ke 2


Kerja kat kilang Dell. Assembly laptop.

Dah abis kerja, dapat sijil & gaji

Posing kat hotel yg bakal terbakar

Hotel terbakar!! nampak tak warna merah kat tingkap tu?

Polis datang bawak kon :)

Besarnya baju, dah namanya tuk budak2..buat la size kecik ye dak?

Polis jaga lalulintas & Bomba pun sampai

Bomba sedang cuba memadam kan api. Air betul okeh!

Kecoh tui masa nih

Amyras yang tengah tunggu kat petrol pump, terpegun ngan aksi polis & bomba

Papa pun terpegun jugek..hehe

3rd Job : Pencuci Tingkap

1 sessi 3 orang jer yg boleh buat kerja..dah terpisah Aisya & Amna
Turn Amna pulak

Kerja ni dapat gaji jugaak

Kakak2 sebuk bekerja, baby Ali lena tidur..good boy!
Kakak Aimy happy jer main sorang2.

Aisya jadi beautician, Amna jadi customer

Selalu main game kaler2 kuku kat komputer jer

Tekunnya kakak Aisya :)

Papa & 'Ali depan Fire Station

bluekk! ;p

Beri laluann..ambulan nak lalu..
Dari pukul 5 sampai pukul 9 malam, 4 job jer yang dapat...itu pun job yang tak glamer. Duit Kidzania pun ader lagi..nak redeem, harga semua atas 100. tak cukup. huhuhu
Next time kalau nak datang lagi kena:
1) pegi weekdays
2) bdak2 pakai kasut bertutup..no hiheels (mama pun sama kut..kekkek)
3) Tengok peta dan plan mana nak tuju dulu.
4) x bawa baby Ali...huhuhu


3 comments:

  1. Anonymous2:29 PM

    not very interesting

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:29 PM

    not very interesting

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:13 PM

    I want to to thank you for this fantastic read!! I сertainlу enjoyeԁ еѵеry bit of
    it. Ι haνe you bookmarκeԁ to look at new stuff you post…

    Here iѕ my ωeb page ... hcg diet

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers