Travel

Monday, October 20, 2014

Happy 12th Anniversary ~ Hotel Royal Chulan Dam

Sempena ulang tahun perkahwinan Papa Mama yang ke 12. Kita celebrate di Hotel Royal Chulan Damansara. Hotel ni bersambung dengan bangunan eCurve dan ada ice skating. 

Decoration bilik simple dengan warna putih. Cantik! Mama suka. Terutama kerusi malas nya. Berangan dah Mama ni. Dari tingkap bilik nampak kolam renang infinity gitewww..

Tapi bilik air takde bath tub. Alaaaaa..

Dah abis round bilik &posing, keluar jalan kaki ke The Curve. Ramainya orang malam ni. Setiap restaurant pelanggan penuh. Kesian Aisya & Amna mengadu laparr laparr. 
Last-last ke Papa Rich jugak.. tempat biasa. Huhuhu.. Mama pun order menu biasa - Penang Asam laksa & air soya with jelly. Sedap woooo....kalau order menu lain sure nyesal.

Mama tanya Papa tak nak wat ucapan ke kat facebook? Hehehe. Papa dapat idea amik gambar macam gambar kawin yang tergantung kat dinding umah klang. Gambar makan bersuap. Papa siap telefon Makwan minta whatsapp kan gambar tu. Hahahhahaha

Dah dapat gambar, bermula la aksi "photoshoot". Aisya jadi photographer.
Walaupun gambar agak gelap sebab suasana kedai tu yang kelam-kelam. Tapi berjaya mengimbau kembali kenangan 12 tahun lalu. Rasanya gambar baru lebih tersipu-sipu. Poyo sangat!

Thank you Papa, walaupun ucapan copy & kaizen. Hehehe

I love you yesterday
I love you today
I love you tomorrow
I love you forever
Happy 12th Anniversary Abang♡♥︎♥︎


Tak bleh nak posing berdua ada je yang nak nyelit. 

Cantikan decoration serba putih.

Pemandangan dari tingkap. Ali dah siap suruh bukakkan baju, nak mandi kolam.

Wefie sementara tunggu makanan sampai.

Ali nak mee. Ali nak sup. Ali nak belon.

Papa 'suap' kuah laksa. LOL

Wow 253 likes! 

Next entry pasal 'suap' jugak. Tungguuuu... Hehehe








1 comment:

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers