Kali ni, Ucu ada conference kat sini. Konon-konon nya nak "teman" Ucu la nih. Hahahaha
Harga pun within budget RM383 net including breakfast for 2.
Lepas check-in carik bilik, jenuh jugak.. Budak-budak ni confident je berlari. Sekali salah arah. Huhuhu
Masuk je bilik. Amna kata " wooowwww.. Macam orang kayaaaa ". Terus lompat atas katil.
Bilik luas, katil king. Perabot berasaskan warna putih dan emas. Banyak perhiasan kuda - lampu, bekas shampoo etc.
Wardrobe & kabinet untuk chiller & coffee/tea.
Bilik air ada bath tub & shower room. Ali tu dah tak sabo nak mandi kolam. Mama bz amik gambo. Huhuhu
Kuda di mana-mana
Pemandangan dari balkoni bilik.
Lepas dah puas tengok bilik. Terus pegi swimming pool. Jauhnya swimming pool dari bilik. Jenuh gak menapak.
Ramai orang hari ni, ada yang siap bentang tikar bawak bekal makan bersama keluarga.
Bila Papa ambik tuala... Mak aaaiiii.. berjeghombeeiiii orang Perak kata. Ini hukum jadi lap kaki dah nih.
Siap berlobang komeeee... Teringat plak hotel kat Lumut.. Yang bagi tuala buruk macam ni.
Nasib baik tuala dalam bilik cantik bersih.
Papa jadi bodyguard Amna Aimy & Ali.
Aisya kena halau, sebab tak pakai proper swimming suit. Sian Aisya...nak kena beli baju mandi baru. Baju mandi lama dah kecik. Sebab tu Aisya pakai seluar track.
Bestnyerdr cuti2 makan anginn. Seronok bawak budak main air ni mmg tak hingat dunia.
ReplyDeleteAlahai camne hotel 6 bintang leh serve tuala koyak ni.... mmg spoil betul
Tapi furniturs bilik tashikani mewah!