Shopping mall depan KLCC.
Dinoscovery apa?
Pameran Dinasor.
Harga tiket?
Dewasa RM25, Kanak-kanak RM35
Parking berapa ringgit?
Weekend RM5 flat rate.
Website : http://discoveria.com.my/exhibiting-now/
Remarks : Dinasor ada macam-macam jenis, tapi Mama tulis semua "dinasor" sbb tak hafal nama depa. Harap maaf. ;p
Penting : Terima kasih kepada x-classmate Mama masa kat MRSM BP dulu sebab "inform" pasal pameran ni - Gina Subki.
Pertama kali menjejak kaki ke Avenue K ni. Selalu jeling-jeling je bila lalu depan KLCC. Tapi hari ni rezeki dapat datang sini tengok pameran dinasor.
Lepas beli tiket, posing2 kejap depan pintu masuk. Ada kaki & ekor dinasor yang bergerak-gerak. Aimy tengok ekor bergerak-gerak tu pun takut. Ceh!
Bila masuk, staff bagi jaket, lampu kat kepala, wrist band & map. Rasa macam ahli arkeologi (ke ahli/pakar dinasor?) plak. Jaket size Ali pun ada. Comel sangat!
Dah siap dressing, amik gambar group. Kalau nak beli gambar, kat gift shop nanti.
1 keping RM25
2 keping RM40
3 keping RM50
Aktiviti-aktiviti yang wajib buat dalam ni mesti lah posing ngan dinasor. Hehehe
Keadaan dlm ni gelap, kena pakai hp canggih baru leh amik gambo. Kalau tak gelap je le. ( Tiap kali gi pameran dinasor mesti gelap (baru 2 kali pegi) dinasor ni hidup malam je ke? Hehhehehe )
Map & wrist band yang dibagi tadi untuk "treasure hunt". Budak-budak ni bersungguh cari jawapan terutamanya Aisya. Tapi last-last Papa & Uncle Ipin yang repeat cari jawapan. Kalau dapat jawab semua, dapat certificate yang boleh tulis nama sendiri. Hehehehe
Paintball tembak dinasor. Mama tak sempat nak menembak, sibuk layan Ali.
Race dengan dinasor terpantas. Budak-budak ni kalau bab berlari memang suka.
Aktiviti lain yang ada, bergambar atas dinasor - Yaya tak nak turun. Cari tulang dinasor - main pasir (heheheh). Wall climbing - pertama kali Aisya & Amna cuba wall climbing, nampak seronok je. Amna masa nak turun takut nak lepas kan tangan dari dinding. Last sekali tengok movie 3D. Agak bosan movie 3D ni, separuh jalan Aimy dah merengek-rengek nak keluar. Huhuhu
Di akhir pengembaraan, sampai di Gift Shop & Cafe. Kena pau soft toy dinasor.Memang seronok pegi Dinoscovery ni. Budak-budak lagi la seronok kan. Mama nak puji staff-staffnya, senyum je. Walaupun melayan budak-budak yang banyak karenah ni.
Mama seronok sebab dapat jejak kaki ke Avenue K ni. Tengok kat iklan ada bowling. Next time maybe boleh try main bowling plak. Kalau nak dating pun sesuai kat sini, restoran cantik-cantik deco nya. Daiso punya susun atur pun lebih cantik dari Daiso tempat lain.
Sebelum balik, dinner kat Sushi Zanmai.
Ucu & Uncle Ipin je yang terkulat-kulat nak makan. Yang lain dah kalah orang jepun. Heheh
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)