Hari ni jugak Papa & Mama ambil kesempatan untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tak perlu isi apa-apa borang, tunjuk buku Tabung Haji je. Kalau dalam simpanan dah ada RM1300 dah boleh mendaftar. Simpanan Aisya & Amna pun dah mencecah RM1300.. So daftar sekali lah.
Tahun peruntukan Haji : 2063 ( 50 tahun lagi!!)
Tapi tahun tu sebagai panduan sahaja. Tabung Haji akan beri keutamaan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji & mereka yang berumur 75 tahun ke atas.
Semoga Papa & Mama ada rezeki menunaikan Haji. Aminn..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)