Travel

Tuesday, May 21, 2013

Hati Keibuanku Tersentuh..

http://www.mazidulakmal.com/2013/05/ibu-dan-bayi-sengsara-di-vietnam-air.html?m=1

Dalam fb, Mama baca pasal kes ibu & baby 14 bulan tak dibenarkan naik kapal terbang dari Vietnam ke Malaysia. Mengalir air mata Mama baca dek terbayangkan macam mana kalau Mama yang kena tahan tu dan terharu dengan keperihatinan orang-orang Malaysia yang menghulurkan derma on the spot.
Keadaan sama waktu Mama pegi Vietnam dengan Makwan. Mama bawa Ali yang baru beberapa bulan dan tanpa Papa. Cuma Ali takde chicken pox lah :)

Sangat tak berhati perut staff di Vietnam tu..sampaikan ada doktor Malaysia yang check kata OK pun tak di baginya. Kalau Mama pun sure dah melalak kat situ.

Ada juga komen-komen yang kata, jangan bawak baby yang sakit pegi melancong. Mama percaya baby tu dah sihat, sebab tu ibunya berani bawak. Kalau tengok gambar yang Mazidul ambik, tak nampak pun chicken poxnya. Mama pun pernah bawak Amna yang kena chicken pox seminggu sebelum terbang. Tapi masa tu naik MAS lah. Jumpa 2 doctor tuk dapatkan advise. 2-2 (Klinik Aniza & Klinik Tan) doctor kata takde masalah. Masa tu pegi dengan family Uncle Long. Alhamdulillah, takde berjangkit dengan Dania.
Dan ada baby juga bukan alasan tak boleh melancong yer!!

Sekarang kebanyakan orang salahkan Air Asia. Syarikat penerbangan tu. Tapi pendapat Mama, Mama cuma salahkan staff yang tak bagi Ibu & baby tu naik. Memang tak dinafikan service Air Asia teruk. Ramai dah yang komplen.
Atuk pun pernah dapat roti, padahal pre-order nasi. Sian Atuk lapar tak dapat makan nasi.

Tapi, buat masa ni pengalaman Mama naik Air Asia tak la teruk. Alhamdulillah, jumpa staff yang baik. Masa pegi Jepun, pramugari bagi duduk seat kosong supaya Mama & Ali selesa tidur, walaupun Mama tak request pun.

Diharapkan, dengan tersebarnya kes ni. Service Air Asia akan jadi lebih baik.











2 comments:

  1. kalau dpt anak jenis mau duduk diam xper...klu jenis lasak kak oii haru biru...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang baru dapat kaki tu kompem tak mau duk diam punya:)

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers