Travel

Saturday, March 09, 2013

Breakfast With Natasha Hudson at Old Blossom Box ~ it was fun!!

Hari ni SC pegi event Breakfast with Natasha Hudson di Butik Old Blossom Box. Old Blossom Box ada 2 butik, di sekyen 7 & sekyen 13. Event ni kat seksyen 13. SC datang dengan anak saudara yang belajar di Uitm.

SC sampai tepat-tepat pukul 9 pagi antara orang yang terawal sampai dan di sambut oleh Natasha Hudson yang cantik jelita tu!! Terpegun kejap.. Walaupun pregnan 8 bulan Natasha Hudson tetap jelita. Tak sangka pulak Tasha (ewah! panggil nama manje plak) yang akan sambut.. Ingatkan Tasha akan sampai bila semua peserta dah datang, tapi rupa-rupanya Tasha yang sibuk mengemas itu ini.

Sementara menunggu semua peserta hadir, SC tak melepaskan peluang pusing keliling dalam butik Old Blossom Box. Sangat comel hiasan dan pakaian-pakaian yang dijual, secomel tuannya - Jezzmina. SC selalu baca blog Jezzmina Blossom nih. Happy sangat dapat jumpa tuannya!

Bila dah puas pusing-pusing, SC start amik makanan - nasi goreng, bingka ubi dan samosa. Air pula ada teh tarik & mineral water. Sementara makan, peserta pun makin ramai dan Natasha pun makan sekali. Memang breakfast with Natasha lah! Heheh.. Sangat peramah Natasha Hudson ni.. Macam-macam cerita dapat kami tau termasuk jantina baby dalam perut! Natasha menekankan kebaikan makanan organik termasuklah kepada skincare. Hari ni make-up tutorial by Make-up artis Mona yang juga sangat cantik orangnya. Make-up product by Rona Sutra.

Rona Sutra dikatakan sangat bagus, tak pandai SC nak komen pasal beauty product nih. SC ada google sikit-sikit review mereka yang dah menggunakan Rona Sutra. Ada yang seswai, ada yang tak. Kesimpulannya, beauty product ni ikut keserasian dengan kulit masing-masing. Kalau esok lusa kulit SC makin mencanak-canak jerawat tumbuh.. Maknanya tak seswai la.. Kalau tak de maknanya seswai dan boleh teruskan pakai:).

Selesai sessi make-up, Natasha bagi tutorial beberapa jenis turban. Bagi SC memang tak pernah terpikir nak pakai shawl style turban nih! Rasa macam tak seswai jer... Tapi lepas tengok tutorial dari Natasha macam teringin plak nak try. Huhuhuhu

Event sepatutnya habis pukul 12 tengahari, tapi pukul 1 pun tak habis lagi.. SC terpaksa balik dulu. Tak dapat bergambar dengan Natasha Hudson.. Sob!sob!sob! Maybe next event?

Ok. Stop membebel, sila layan gambar :)

































2 comments:

  1. bilalah nk ada kedai yg super cute mcm ni weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Old Blossom Box memang super cute! Macam tuannya.

      Delete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers