Hari terakhir di Lumut, sebelum check-out bagi budak-budak mandi kolam puas-puas dulu. Lepas check-out bergerak ke Teluk Batik, dekat je dengan resort. Tak sampai 5 minit kut dengan kereta. Depan Pantai Teluk Batik ada Teluk Batik Resort & Virgo Hotel. Ada jugak chalet-chalet tapi tak ingat nama. Masuk parking Pantai Teluk Batik kena bayar RM1, tapi takde sapa yang kawal parking. Yang jaga booth duit sampai 3 orang. Huh!
Sebab takde tempat nak parking, decide terus pegi pekan Lumut. Dari parking hanya boleh nampak gerai-gerai jual souvenirs, taman mainan kanak-kanak, Muzium Siput. Pantainya tak nampak pun..
Nak ke Pekan Lumut pun jalan jem. Semua turun dulu dan 'driver' cari parking. Di Terminal Jeti ni pelbagai makanan laut kering, baju2 & souvenirs bertulis Pangkor boleh di dapati. Mama beli satay ikan, fridge magnet & t-shirt 'I love Pangkor' sebagai kenangan (walaupun tak pegi Pangkor)
Pengunjung sangat lah ramai, dengan cuaca panas yang mengetit ( org Perak jer kut yang paham mengetit ni ). Dengan Amna yang buat perangai menangis kat kedai souvenir plak. Dah la memang panas, makin panas dibuatnya. Hehehe
Kalau nak shopping kat Terminal Jeti ni lebih seswai waktu petang yang dah redup kut.
Bila dah puas dengan 'tangkapan' yang dapat, amik gambar sikit2 pemandangan.
Perjalanan diteruskan. Sebelum tu, salam-salam selamat tinggal untuk Atuk, Nenek, Paklong, Maklong dan sepupu- sepapat. Keluarga PakNgah tak dapat dihubungi, ralit sangat shopping agaknya. Dapat babai dalam talipon jer.
Berakhir lah 'family day Atuk Dollah' .. Jumpa lagi di next family day. Lepas ni kita buat BBQ kat banglo Atuk plak yer :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)