"Keep hunting coffee break Petronas" Papa kate..kekeke
Hari ni Papa kena pegi Vendor kat Nilai. Mama pun ngekor sekali ngan Ali. Planning awalnya Mama nak cuci mata kat Nilai 3. Sampai-sampai jer hujan.. malas toi nak turun. Terus tak jadi, follow jer Papa pegi vendor tapi Mama & 'Ali tunggu lam keta. 3 jam jugak ler nunggunya.. Huhuhu
On the way balik, singgah jugak kat Nilai Square.. masuk satu kedai dah blank... Akakaka... Last-last tak beli apa-apa pun. Kalau ada rumah besar baru seronok shopping kat sini kut..(sambil tulis jeling kat Papa.. Hehehe)
Lepas tu kat highway, Papa dah bagitau awal-awal nak singgah kat R&R Dengkil sebab kat situ ada Petronas.
Senyum sampai ke telinga Papa bila nampak booth kopi percuma tu. Mula-mula kononnya nak amik 2 cawan jer, tetengok amik 3 jugak.. siap ada biskut lagi!!
Papa punya excited terus call kawan Papa - Toha Fusyaini (Unik kan nama kawan Papa ni) yang sama-sama pegi vendor tadi, bagitau ada kopi free kat Petronas Dengkil ni.
Toha kata memang dia cari nescafe. Kat kedai-kedai kat food court takde nescafe tin tu. Kalau tak kerana Papa bagitau dia takkan singgah Petronas.
Tengok la gambar Papa.. excited bebenor!! Kekeke
Lepas abis makan biskut sebungkus & kopi secawan Papa kata "OK dah segar, boleh teruskan perjalanan" Hahahaha.. Tak bleh blahh!!
Mak aih!!3jam tgu lam kete..xplak ank teruna akk meragam eh..ish..ish..
ReplyDeletetu la...seb baik la 'Ali moodnya baik. hehhe
Delete