Travel

Sunday, July 01, 2012

DAY 2: CU CHI TUNNEL, VIETNAM

Jadual hari ini bermula dari pukul 8.00 pagi. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel memakan masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan, pelbagai pemandangan menarik dapat dilihat. Kedai makan yang banyak buaian ataupun kerusi malas, rumah-rumah yang kebanyakannya tak berapa lebar tapi 3 tingkat dan memanjang kebelakang. Kubur yang macam stall jual burger dan macam2 lagi pemandangan yang takde kat Malaysia.

Sampai je kat Cu Chi Tunnel, Mr. Trii beli tiket dan bawa kami masuk kedalam. Mula2 lalu terowong, tengah2 terowong ada guard, tampalkan sticker kat baju.

Mula2 tengok video sejarah Cu Chi Tunnel, kemudian dibawa ke setiap bilik/lubang. Untuk tahu sejarahnya boleh google yer :). Complete semua ada, dapur, bilik makan, bilik jahit, bilik bersalin pun ada!! Memang tak dapat bayangkan betapa sengsaranya hidup semasa zaman perang.

Di akhir lawatan, souviner shop. Tapi takde fridge magnet lah. So, takde tangkapan Mama di sini.

Cuaca amatlah panas, tapi alhamdulillah.. Ali boleh lena dalam babywrap :).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers