Apabila memasuki minggu ke-32, bayi akan lebih cepat membesar. Berat badannya meningkat ke 2.5-3 kg, dengan pertambahan lebih kurang 25 gram setiap hari. Ukuran panjangnya pula kira-kira 30 cm ( 12-15 inci ). Tulang bayi mulai mengeras. Bayi sudah pandai tersedu dan menangis, dan mulai menunjukkan tindak balas terhadap sebarang suara atau bunyi-bunyian dan juga cahaya.
Pada penghujung bulan kelapan, bayi akan mencapai saiz 17 inci dan berat badannya sekitar 3-3.5 kg. Perkembangan pertumbuhan otak bayi semakin cepat, begitu juga organ lain, kecuali bahagian paru-paru.
BULAN KE-9 KEHAMILAN
Apabila menghampiri saat kelahiran, iaitu setelah cukup sembilan bulan ataupun memasuki minggu ke-36, tumbesaran bayi berlaku lebih pesat. Saiznya sekitar 35-39 cm ( 14-18 inci ), manakala beratnya pula antara 3-4.5 kg. Pada usia ini, bayi memperkemaskan kedudukannya, secara mendadak turun ke bawah untuk mengambil posisi di bahagian pintu rahim. Pada usia ini juga, amalan doa pada bulan kelapan ( surah al-Anbiya dan Ayat Siti Maryam ) mesti diteruskan sehingga tiba masa melahirkan.
Mengikut kefahaman orang Melayu, ibu akan melahirkan apabila cukup genap sembilan bulan 10 hari, tetapi ada ada juga ibu hamil sehingga 10-12 bulan, yang disebut "bunting gajah" atau "bunting harimau".
SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU
NOTA MAMA: Hari ni masuk minggu ke 37, lagi 3 minggu!! Lamanya rasa nak menunggu... Tak daya nak membawak perut dah... Tido memang tak lena, sejam sekali terjaga disebabkan ketidak selesaan.. Nak alih badan pun sakitnyaaa tulang belakang & tulang punggong. Baring salah, duduk salah, berdiri salah... Memang segalanya serba salah lah!
Barang2 baby dah standby dalam kereta. Set bersalin pun dah beli. Kali ni Mama masih guna set bersalin Leesa Formula macam anak ke-3. Sebab ada tungku herba, tak payah Papa nak kena cari daun mengkudu & panaskan batu tungku pagi2. Dengan tungku herba tu, kukus kan ajer. Contour gelnya pun bagus, panas menyengat! Tapi krim halianya kureng.. Bila pakai, tak rasa apa2 pun... Huhuhu
Harap2 segalanya dipermudahkan.. Aminnnnn.
makin dekat dah hari tu Zalie.. sure tak sabar dah heheheh. Krim halianya mmg kureng menyengat... sedap lagi aku pakai yg krim keraton halia plus limau tu.. tapi ok la utk buang angin kan.. krim keraton tuh boleh gak le tolong pecah2 lemak uhuhuh.
ReplyDeleteAku tidur malam wajib ada bolster tu.. dapat kepit kat kaki baru leh tidur wehhhh
Jemput lihat nutrisi yg diperlukan ibu hamil dan Berpantang di blog sy
ReplyDeletewww.hanasihat.blogspot.com