Travel

Saturday, August 13, 2011

Bulan Ke-3 Kehamilan

Janin mengeras dan mula "cembui", iaitu timbul pada waktu pagi.
Ibu akan merasakan payudara mula mengembang, pintu rahim sengal dan ari-ari tegang.
Pada usia inilah roh ditiup dan janin pun bergelar manusia bernyawa.
Pada masa ini juga, syaitan bernama Khannas disalurkan dari darah ibu ke dalam darah janin.

*******

Uri terbentuk, sementara tisu tulang mulai timbul. Degupan jantung janin adalah sekitar 110-160 seminit. Janin akan membesar sekitar 3 1/2 - 4 inci dan beratnya sekitar 48 gram. Sifat janin akan bertambah dengan pembentukan mata dan kelopak mata yang sempurna. Organ jantina sudah dapat dikenal pasti. Kebanyakan ibu hamil ketika ini akan mengalami perubahan emosi, seperti mudah merajuk,menangis dan sayu. Apabila kandungan cukup tiga bulan, ibu hamil akan dapat merasai penimbulan ketulan janin, terutama sekali pada waktu pagi. Keadaan ini diistilahkan secara tradisional sebagai **peranakan mulai cembui**. Mengikut kefahaman melayu, ini menandakan kehamilan sudah cukup tiga bulan atau 12 minggu.

Pada peringkat ini, ibu hamil perlu banyak berehat serta lebihkan berzikir dan berdoa bagi menjauhi sebarang masalah seperti keguguran. Ibu lazimnya lemah pada kehamilan bulan ketiga. Ini akibat pertukaran hormon dan kekurangan zat.

Pada masa ini juga ibu dan bapa dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan sikap yang baik, menjauhi perangai buruk dan menghentikan segala kegemaran memburu atau membunuh binatang. Jika amalan ini diteruskan, dikhuatiri akan menyebabkan masalah kepada pembentukan dan perwatakan bayi yang disebut sebagai TERKENAN.

Seelok-eloknya, ibu hamil, selain mengamalkan zikrullah, hendaklah membaca buku-buku yang berunsur ilmiah ataupun yang mengandungi gambar-gambar yang cantik. Dinasihatkan juga agar ibu hamil sentiasa mengamalkan sikap tenang, baik hati, baik sangka dan ceria.

SUMBER: ENSIKLOPEDIA PERBIDANAN MELAYU

Nota Mama: Sepatutnya masuk 3 bulan baru perut nampak.. Tapi Mama 2 bulan perut dah nampak.. Uhuhuhu.. Masuk 3 blan dah tukar uniform peknen. Uniform biasa dah tak muat daaaahhhhh...
Kali ini, kali pertama Mama mengandung kena pada bulan Ramadhan. Sebelum puasa risau jugak kalau tak larat nak puasa. Tapi alhamdulillah, hari ni masuk minggu kedua puasa semuanya berjalan lancar. Cuma hari ni terlepas bangun sahur:(.. Harap2 dapat bertahan.
2-3 hari sebelum ni bila petang jer perut rasa berangin dan kepala pening. Harap2 lepas ni tak de apa apa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers