Travel

Friday, March 11, 2011

Sagu Gula Melaka

Sedapnyaaaaa!!!!!!
Itu la ekpresi yang paling tepat untuk menggambarkan pencuci mulut yang berasal dari Kelantan ini.
Bahan-bahannya tak banyak, cuma sagu, santan & gula merah. Tapi kombinasinya ketiga-tiga bahan ini mencetuskan rasa yang meletops!
Hari ini mama ada jamuan makan di opis lama mama. Jamuan dengan geng2 perempuan sahaja.
Jamuan untuk mengeratkan silaturrahim dan menyambut hari jadi. Jamuan akan dibuat 3 bulan sekali dan setiap yang terlibat akan dapat turn jadi organizer.
Untuk jamuan kali ini, menunya: nasi putih, masak lemak nenas+ikan masin talang, udang sambal, kerabu taugeh, ayam kunyit &sambal mangga. Untuk pencuci mulut ada buah2an, air oren & SAGU GULA MELAKA.
Alhamdulillah, jamuan berakhir dengan jayanya. Terima kasih kepada semua!!
Nyesal plak tak bawak kamera ;p. Next time wajib bawak!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers