Travel

Thursday, February 03, 2011

Rumah Atok


Sebenarnya, mama cuba update entry guna e-mail. Tapi yang terpublish gambar sahaja..hmmmm...tgk kat blogger dah follow dah cara2nya..dah betul dah rasanya...tapi tak menjadi plak..:(

Ini rumah Atok, dari dulu cat mesti warna merah hati/maroon ni..seingat mama memang x penah tukar kaler lain. Biasanya memang Atok cat sendiri. Atok memang banyak benda yang Atok buat sendiri. Mama selalu tengok Atok repair tv, mesin basuh, mesin jahit, peti asi, basikal, motor, kereta. Kalau Atok repair satu-satu benda tuh memang dari pagi sampai ke petang Atok ngadap benda tu selagi tak siap. Mama tak mewarisi bakat Atok, lagi jahanam benda tu ada la..heheh

Bata yang ada kat halaman rumah tu pun Atok buat sorang2. Atok buat sebelum kenduri kawin mama. Masa kenduri kawin mama, memang cantik jer bata tersusun, tak der masalah lecak kalau hujan.

Lepas kenduri, Atok sambung letak bata kat tepi rumah pulak. Bila dah lama, lumut2 hijau membaluti bata-bata tu..cantik!!


Atok siram pokok-pokok bunga tanaman Atok.

Atok tengah tanam pokok dalam bekas plastik. Kalau mama ada rumah bertanah, sure mama dah amik 2-3 pokok. hhheheh..Amna tu nak lari dari kucing..penakut betul dengan kucing!

Qistina, Alya & Aimy main kat atas pankin. Kalau tak pangkin nih bawak pokok jambu kepal. Tapi Atuk baaaaru je tebang pokok jambu kepal & pokok kuinin..dah takder tempat teduh..tempat main buai pun dah tak der...Atuk dah tak larat nak sapu daun2 kering. Sian Atok.

Bergambar di pankin sebelum balik BB. Kalau dah terdedah cam ni, rasanya tak lama la hayat pangkin ni :) ..Biasanya ini la tempat lepak lepas lunch, sambil gossip2 dengan Yong. Entah2..bila balik next time ada benda baru kat sini..hehheh..gazebo ke kan..mana tau!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers